Tuesday, April 29, 2008

Rumahku, Syurgaku...

Salam Mujahid,

Beberapa hari lepas, saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat saya, akhi Fikri, dari UIA kampus Kuantan. Dia akan melangsungkan pernikahan pada bulan Jun ini. Subhanallah...pantas masa berlalu. Tanpa sedar, saya sedang berada dalam zaman sudah sampai masanya untuk berumah tangga. Kalau bukan saya sekali pun, sahabat-sahabat saya ada yang sudah dan akan melangsungkan perkahwnan dalam masa terdekat.

Pada saya, saya amat menyokong sesiapa yang hendak mendirikan rumah tangga dalam usia muda. Ada pro n kontra bila mengambil keputusan untuk berkahwin sama ada diwaktu usia masih muda seawal 20-an atau usia yang lanjut. Ia tidak menjadi masalah dan bergantung kepada situasi bakal pengantin. Yang penting, adalah amat perlu persediaan rapi dari segi ilmu, emosi, rohani dan jasmani serta restu dari ibu bapa. Saya juga yakin bahawa sesiapa yang berkahwin, Allah swt pasti akan mempermudahkan rezeki untuknya. Sesiapa yang nak kaya, kena kahwin(Allah menjamin rezeki orang berkahwin). Jangan khuwatir atau bimbang. Perbetulkan niat dan pastikan kita tahu tujuan kita berkahwin.

Perlu kita sedar bahawa perkahwinan adalah sunnah Nabi saw yang amat dituntut dalam Islam. Rasullullah amat berbangga bila mendapati umatnya ramai dihari Akhirat nanti. Bagi penggerak Islam, sudah tentu mereka mengimpikan anak-anak yang bakal lahir sebagai anak-anak yang akan menjadi aset kepada Islam. Anak-anak yang bakal dilahirkan, sudah tentu akan diberikan tarbiyyah rabbaniah atau menurut acuan Islam. Kemahuan melihat anak-anak membesar dalam suasana Islam, berfikir dengan cara Islam dan seterusnya bersedia menginfakkan diri untuk Islam. Pendek kata, kemahuan para pejuang Islam ingin melihat cahaya mata mereka menjadi pejuang Islam sebagai penyambung mata rantai perjuangan Islam sejak dahulu lagi. Sebagai suami, mengimpikan isteri yang solehah, yang memahami perjuangan suami dan sentiasa memberi motivasi kepada suami tatkala berada dalam suasana tertekan dan memerlukan sokongan. Sepertimana yang Saidatina Khadijah lakukan terhadap Rasulullah saw sewaktu menerima wahyu pertama dan sepanjang kehidupan Rasullullah. Juga suami mengimpikan isteri yang akan menjadi umi yang mithali kepada anak-anaknya. Yang bakal menjadi pendidik bagi melahirkan jundullah yang mempunyai kefahaman Islam yang jelas. Suasana rumah tangga yang harmoni turut diimpikan oleh setiap para pejuang Islam iaitu suasana yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah.

Begitu juga sang isteri. Mereka mengimpikan suami yang penyayang terhadap keluarga. Yang juga merupakan pejuang Islam yang mempunyai fikrah Islamiyyah yang syumul. Sang suami diharapkan dapat menjadi murabbi kepada sang isteri dan anak-anak, nakhoda bahtera yang dipercayai dan dapat membawa seluruh ahli keluarga ke syurga Allah. Begitu tulusnya impian sang isteri terhadap sang suami. Tatkala sang suami sedang dalam kepenatan, sang isteri sudi berkhidmat untuk suami dengan menyediakan minuman dan makanan. Kerana sang isteri tahu ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah kepada isteri yang solehah. Isteri juga mengharapkan akan wujudnya suasana yang Islami dalam rumah tangga. Usrah dan tarbiyyah menjadi asas dalam memastikan halatuju bahtera kehidupan rumah tangga sentiasa tidak tersasar dari laluan yang sebenar.

Alangkah tingginya harapan setiap para pejuang Islam yang punyai halatuju yang jelas dalam perjuangan Islam. Alangkah manisnya kehidupan bila sentiasa menjadikan Islam sebagai cara hidup dan redha Allah sebagai matlamat hidup. Sesebuah keluarga muslim itu mengimpikan masyarakat yang soleh dan mengamalkan cara hidup Islam. Begitu juga diperingkat negara, khususnya Malaysia. Lalu setiap keluarga muslim bekerja untuk Islam demi memastikan Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia.

Timbul persoalan, layak ke diri mendapat pasangan yang soleh dan solehah? Yang punya matlamat hidup yang jelas demi meraih cinta Allah. Saya teringat keadaan sewaktu Luqmanul Hakim (kalau tak salah saya), ketika orang bertanya, bagaimana anda mendapatkan anak yang soleh? lalu Luqman menjawab bahawa, dia telah membuat persediaan sejak 40 tahun sebelum lahirnya anak. Ini bermakna, untuk mendapatkan anak-anak yang soleh, perlulah para bakal ibu dan bapa berusaha mengislah diri dari sekarang. Perbaiki akhlak dan cara hidup. Sentiasalah kita berusaha untuk menjadi 'parent' yang soleh bermula dari sekarang. Allah menyediakan lelaki yang soleh untuk perempuan yang soleh, begitu juga sebaliknya. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mendirikan baitul muslim yang sentiasa berada dalam redha Allah.

Saya tidak pasti dapat pergi Sg. Petani ke tidak pada bulan Jun nanti. Sebab ada program di Johor sepanjang bulan Jun nanti. Walau apapun, insyaallah, akan saya usahakan untuk melihat hari bersejarah bagi sahabat saya.

P/S: Moga hidup ku sentiasa dipandu Allah untuk mendapat kebaikan kehidupan dunia dan Akhirat...Ya Allah, kurniakan daku isteri dan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati, penawar duka dan menjadi iamam bagi golongan muttaqiin....doakan ye, sahabat-sahabatku...sekadar perkongsian pandangan dan pendapat...

"BAITI JANNATI"

MEMBUDAYAKAN SYAJA’AH DALAM GERAKAN MAHASISWA

Oleh: Muhtar Suhaili (UIAM)
http://muhtarsuhaili.tripod.com

Sumber: www.raudhah.com


“Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang salah”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh generasi muda amnya dan mahasiswa khususnya ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

Menurut Prof. Dr. Hamka di dalam bukunya ‘Tasauf Moden’, keutamaan syaja’ah merupakan salah satu syarat yang perlu dalam memantapkan kesihatan jiwa selain daripada sifat ‘iffah (pandai menjaga kehormatan batin), hikmah (tahu rahsia dari pengalaman hidup) dan ‘adaalah (adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya). Prof. Dr. Hamka menukilkan bahawa syaja’ah ialah perangai yang timbul daripada tabiat manusia yang bernama ghadab, ertinya marah. Syaja’ah mempunyai dua pinggir. Pinggir sebelah ke atas terlalu panas dan itulah yang bernama tahawwur, iaitu berani membabi buta. Sementara pinggir ke sebelah bawah terlalu dingin dan itulah yang bernama jubun, iaitu pengecut.

Tahawwur ialah keberanian manusia menempuh suatu hal meskipun menurut pertimbangan akal yang waras perkara itu tidak sewajarnya ditempuh. Punca kepada timbulnya sikap berani membabi buta ialah lantaran darah marah yang mendidih yang timbul dari nafsu membalas dendam. Manakala jubun pula ialah penyakit yang di bawah dari darjat pertengahan. Pendek kata, kalau diukur dengan termometer kehidupan, tabiat ini amat dingin. Kurang perasaan marah, sehingga tidak ada marahnya pada ketika dan tempat sepatutnya marah. Sikap pengecut atau bacul ini menjadikan seseorang tidak mampu untuk tampil ke hadapan sewaktu perkara tersebut menjadi kewajipan baginya.

Syaja’ah merupakan pusat dari segala budi pekerti dan kemuliaan. Melalui syaja’ah maka akan lahirlah sifat-sifat dan ciri-ciri mulia yang lain. Adaptasi budaya ini jugalah yang akan mengarahkan kepada terhasilnya pembangunan seimbang yang kolektif dari segi pembangunan intelektual, kekudusan rohani, keperkasaan jasmani dan kesejahteraan emosi di dalam kehidupan mahasiswa.


Gerakan Mahasiswa

Dato’ Saifuddin Abdullah di dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Mahasiswa, Pemikiran dan Partisipasi’ menyatakan: “Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with). Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri. Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang tidak baik.


Walauapapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Oleh kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana sebagai sejarah dan penunjuk arah bagi pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.”

Sememangnya sering diperkatakan bahawa mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Golongan ini jugalah yang merupakan pelapis berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama. Jatuh bangunnya ummah di millennium mendatang banyak bergantung kepada kemandirian komuniti teras ini. Malah, frasa-frasa seperti ‘cream of the society’ dan ‘mahasiswa jurubicara masyarakat’ turut dicanangkan bagi menunjukkan keluhuran dan ke’gah’an masyarakat kampus ini.

Walaubagaimanapun, senario mutakhir ini menggamit lantas menuntut wibawa mahasiswa untuk mematangkan keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan minda dan ketrampilan syakhsiah. Pengalaman kepimpinan yang berteraskan kepimpinan futuristik perlu dibajai dan disuburkan di menara gading atas premis bahawa ianya sangat signifikan sebagai arca penentu jatuh bangunnya ummah di period seterusnya.


Syaja’ah dan idealisme perjuangan

Secara asasnya, demi kelangsungan gerakan mahasiswa terdapat tiga elemen penting yang perlu diusahakan dan dijayakan secara bersama dan saksama oleh gerakan mahasiswa kini. Tiga elemen tersebut yang sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain ialah pembentukan idealisme, pembumian basis intelektualisme dan pengaktifan aktivisme. Sebagai golongan sedar, sewajarnyalah mahasiswa menjadi satu entiti yang amat penting dan cukup berperanan dalam melaksanakan agenda perubahan dan pemerkasaan dalam masyarakat.

Berpaksikan kepada asas inilah, maka sifat syaja’ah yang tulen perlu dibudayakan dan diperkasakan bagi memastikan segala agenda yang telah direncanakan mampu diimplementasikan. Ini sekaligus akan membakulsampahkan segala persepsi negatif yang mungkin wujud dalam gerakan mahasiswa itu sendiri. Lantaran itu, syarat pertama agar sifat syaja’ah mampu dibudayakan di dalam gerakan mahasiswa serta dapat direalitikan di pentas kenyataan ialah melalui pembentukan idealisme perjuangan yang terarah. Usaha gigih yang diakari oleh dasar dan tindakan perlu dipersada ke arah tercapainya maksud ini. Lebih daripada itu, penentuan halatuju dan matlamat yang jelas perlu didiskusikan secara intensif dan jujur.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa, secara keseluruhannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan Pindaan 1975 telah mewujudkan budaya takut (culture of fear) di kalangan mahasiswa untuk terlibat secara aktif dalam gerakan mahasiswa. Walaubagaimanapun, meskipun diakui terdapat beberapa seksyen yang perlu dikaji semula, ianya perlu dilihat secara positif, menyeluruh dan dengan perasaan terbuka. Undang-undang akan berfaedah apabila dilaksanakan dan diterima dengan ehsan serta penuh muhibah. Apa jua undang-undang yang digubal, tetapi sekiranya sifat syaja’ah benar-benar dijiwai, yakin dan percayalah bahawa segalanya akan memberi sinar harapan serta tidak akan menjadi halangan dan hadangan. Perlu difahami bahawa masih terlalu banyak ruang lingkup, platform dan aktiviti yang boleh diadaptasi dengan sebaik-baiknya untuk menjayakan segala idealisme yang digariskan. Jika ada peluang gunakanlah peluang dan jika tiada peluang, ciptalah peluang!

Justeru, gerakan mahasiswa kini perlu keluar dari kepompong kejumudan untuk menerobos ke ruang gerakan yang lebih luas. Pendukung gerakan mahasiswa perlu berjiwa besar dalam memikul amanah perjuangan menegakkan aspirasi mahasiswa dan masyarakat ke arah standard yang dicita-citakan. Yang paling penting ialah membawa mahasiswa mencapai matlamat yang sahih melalui konsep syura dan musyawarah yang sekaligus membolehkan gerakan mahasiswa itu dapat dikemuncakkan kembali. Mungkin caranya berbeza dan tidak semestinya sama dengan approach yang telah digunapakai oleh mahasiswa tahun 1960-an dan 70-an, tetapi zaman kemuncak yang baru dan lebih berjaya perlu dipugarkan.

Secara tuntas, bolehlah disimpulkan bahawa dengan adanya syaja’ah dan dalam apa jua kondisi, gerakan mahasiswa perlu terus memainkan peranannya dengan dipandu oleh idealisme perjuangan dan dasar yang pastinya luhur dan tulus. Sekaligus, ‘syaja’ah beridealisme’ akan menjadikan mahasiswa sebagai inspirator, pelopor, pejuang, peneraju, penggerak, reformis dan pelaksana yang berkesan dalam memastikan masa depan mahasiswa, universiti, agama, bangsa dan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang serta bukan sekadar temberang.


Syaja’ah dan basis intelektualisme

Prof. Dr. Hamka di dalam bukunya ‘Lembaga Budi’ telah menukilkan percikan pengalaman dan kata renungan budi yang berbunyi: "Kepemudaan satu cabang dari kegilaan. (Hadith Nabi SAW). Memang kegilaan itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku. Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda. Tetapi setelah babak pertama dan revolusi selesai, datanglah masanya memakai fikiran dan renungan yang timbul dari kearifan."

Sementara itu, Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani pula mengungkapkan di dalam tulisannya, Nicomachean Ethics: “Adalah mudah bagi setiap manusia untuk meluahkan kemarahan dan mampu bertindak mengikut kemahuan kemarahannya itu, tetapi untuk meletakkan kemarahannya itu pada orang yang betul, waktu yang tepat, tujuan yang baik, jalan yang hikmah dan tahap yang sepatutnya mereka menjadi marah itu tidak mudah dan payah untuk dilakukan.”

Maka secara ironinya, sifat syaja’ah yang selamat lagi menyelamatkan perlu diperkukuhkan dan dipandu dengan basis intelektualisme. Membumikan visi kecemerlangan bersepadu dan mempasakkan misi kesarjanaan fikrah merupakan formula ampuh yang akan meluncurlajukan lagi himmah untuk mencipta kejayaan demi kejayaan yang bermakna. Oleh itu, gedung ilmu tidak patut sunyi dari perdebatan mencari kebenaran dan meninggikan lagi martabat ilmu. Perlu difahami, suara hati nurani murni generasi muda selaku generasi pelapis dan pewaris sebenarnya merupakan azimat keramat dalam menentukan penghakupayaan generasi mendatang.

Lebih daripada itu, mahasiswa khususnya pemimpin mahasiswa tidak patut menjadikan perbezaan pendapat sebagai punca krisis tetapi sebaliknya menjadikan krisis sebagai jalan mengatasi masalah dan memperkayakan intelek. Namun, para pemimpin mahasiswa kebelakangan ini biasanya akan lebih mementingkan –meminjam istilah David McLeland- need for power daripada need for achievement dan need for afiliation. Dikotomi dan taboo seperti pelabelan pro-aspirasi dan pro-pembangkang di dalam Majlis Perwakilan Pelajar memburukkan lagi keadaan. Padahal, para pemimpin mahasiswa sepatutnya menjadi sosok-sosok pejuang dan pemikir serta kewibaannya dapat dilihat dari bagaimana cerdasnya peribadi dan kuatnya perjuangan yang mereka lakukan.

Apa yang lebih malang, pengamatan yang dilakukan menunjukkan betapa fenomena kegagalan gerakan mahasiswa dalam memperjuangkan visi dan misinya seperti sudah menjadi perkara yang lumrah terjadi dewasa ini. Gerakan mahasiswa seringkali terperosok dalam lubang yang sama dan cepat puas dengan keberhasilan yang bersifat semu. Antara sebab-sebab terjadinya perkara ini antara lain adalah disebabkan oleh fenomena keringnya basis intelektualisme dalam tubuh gerakan mahasiswa itu sendiri. Selain itu, perkara ini juga mungkin dipengaruhi oleh fenomena mahasiswa yang terbiasa dengan sifat-sifat seperti lemah berfikir, kurang kesedaran, ketandusan ilmu, bankrap idea, bengap fikrah dan muflis keintelektualan.

Lantaran itu, mahasiswa haruslah bangkit agar mampu menjadi transformer yang bisa menginjak naikkan paradigma berfikir, meninggikan kualiti ilmu, memantapkan ketrampilan syakhsiah serta memurnikan institusi ulama’ dan umara’. Pelbagai usaha yang bersifat realistik, progresif dan bukan hanya konvensional serta boleh menjadi enkoder ke arah pengharmonian dan pemugaran kembali nilai-nilai murni yang kian sirna dalam masyarakat di seantero ‘Taman Ilmu dan Budi’ hari ini perlu dilaksanakan dan disegerakan.


Syaja’ah dan keaktifan aktivisme

Seorang sarjana Islam pernah mengatakan; “Insan perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas dan tanggungjawab.” Sememangnya golongan mahasiswa merupakan kelompok generasi terbaik untuk mengalami proses pembentukan mental, pembangunan syakhsiah dan ketangkasan fizikal. Mereka memiliki potensi yang pelbagai dan kejayaan mencernanya dengan baik boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber daya insan yang berkualiti.

Maka, setelah mempunyai idealisme perjuangan dan diadun pula dengan basis intelektualisme, sifat syaja’ah yang tulen juga menuntut kepada keaktifan aktivisme sebagai pelengkap kepada kecemerlangan gerakan mahasiswa. Dengan syaja’ah yang berhikmah, gerak kerja yang proaktif, mantap dan berkesan perlu dijana dan dipelbagaikan agar segala misi dan visi tidak sekadar menjadi pemanis mulut dan ‘sembang kemas’ belaka. Komitmen dan kualiti perlu menjadi keutamaan kerana asas inilah yang menentukan keberjayaan segala strategi dan perancangan.

Justeru, kesempatan menjadi mahasiswa perlu digunakan untuk menyambar peluang yang tersedia agar segala kapasiti yang terhidang dapat diisi dan dimanipulasi seoptimum mungkin. Persatuan-persatuan yang ditubuhkan serta variasi program yang dijalankan di institusi pengajian tinggi tanah air merupakan platform terbaik untuk melatih dan mengembangkan potensi mahasiswa yang pelbagai. Mahasiswa harus memupuk semangat berorganisasi secara demokratik dan menjadikan diri anggota masyarakat yang berpedoman.

Walaubagaimanapun, atas premis apa sekalipun pimpinan mahasiswa itu sendiri perlu digarap dan difahamkan sebenar-benar kefahaman sebelum memulakan dan merancang segala aktiviti. Ini merupakan kekuatan nahdah (kebangkitan). Secara khusus, sebagai mahasiswa Muslim, perlulah disematkan bahawa aktivisme merupakan sebahagian daripada intisari dakwah dan bukan sekadar atas sentimen hak asasi manusia, bukan sentimen politik dan bukan juga sekadar semangat muda. Asas du’at sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Abu A'la Al-Maududi iaitu berpegang kepada prinsip Islam yakni berpaksi pada aqeedah tauheed, petunjuk ar-Rasul dan tempat tuju akhir perlu menjadi panduan mahasiswa Islam. Dalam erti kata lain, gerakan mahasiswa Islam hari ini perlu didokongi dengan kefahaman dasar dalam memahami Islam sebelum mereka ‘turun padang’ kepada rakan seangkatan dan masyarakat seluruhnya.

Waimma, melalui syaja’ah di dalam aktivisme akan mengembalikan gerakan mahasiswa kepada masyarakat dengan memenuhi konsep mengakar dan merimbun, malah berbunga yang harum sehingga dapat menarik perhatian. Untuk mengakar mahasiswa harus bersedia memberi lebih masa bersama-sama masyarakat. Usaha ini telah terbukti dan method ini menyaksikan kejayaan gerakan mahasiswa beberapa dekad lampau. Aktivisme gerakan mahasiswa seharusnya bukan hanya di pinggiran tetapi meresap masuk ke dalam setiap qalbu mahasiswa, masyarakat dan semua pihak tanpa mengira bulu politik, susur galur, perbezaan fikrah dan status insani.


Penutup

Sebagai kesimpulannya, kepemudaan yang ada sebagai mahasiswa wajar dibina dan dilatih dengan intensif agar mampu mengadaptasi sepenuhnya sifat syaja’ah di dalam semua tindakan. Usaha ke arah pembentukan gerakan mahasiswa yang sistematik dengan idealisme yang jelas, berasaskan basis intelektualisme dan dibuktikan dengan keaktifan aktivisme hendaklah disuburkan. Paling penting, kualiti gerakan mahasiswa merupakan indikator penting yang mampu menyumbang kepada pembaikan dan keterbilangan generasi akan datang. Kualiti hendaklah dianggap sebagai suatu perlumbaan dan bukannya garisan penamat. Ini kerana apabila kualiti sudah berada di penghujung, maka segala idea dan reformasi minda akan menjadi bobrok!

Saturday, April 26, 2008

KHABAR GEMBIRA BUAT YANG INGIN BERTAUBAT…

“Dari Abi Huraiah radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah berkata : Allah azza wajalla pula telah berkata bahawa : Aku pada sangkaan hambaku,dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu,demi Allah,Allah lebih gembira dengan taubat hambanya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang menjumpai barang yang hilang di bumi yang tandus,dan barangsiapa yang mendekatiKu sejengkal,maka aku akan mendekatinya sehasta dan barangsiapa yang mendekatiKu sehasta maka Aku akan mendekatinya pula sedepa,dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan Aku akan datang pula kepadanya dengan belari-lari anak”

(hadith riwayat bukhari dan muslim)

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu”

(riwayat Imam Bukhari di dalam bab Tauhid bernombor 7507)

“Dari Anas radiallahu anhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alahi wassalam bekata : Berkatanya Allah subhanahu wa taala : Wahai anak adam! sesungguhnya apa yang telah kalian pintakan kepadaKu dan apa yang telah kalian harapkan dariKu (meminta keampunan setelah melakukan kesilapan) telah aku ampunkan ke atas kesilapan yang kalian lakukan walau berulang kali dan aku tidak menghiraukanya,wahai anak adam! jika dosa-dosa kalian seperti petala langit sekalipun kemudian kalian meminta ampun kepadaKu pasti Aku akan ampunkan,wahai anak adam! jika kalian datang kepadaKu dengan dosa sepenuh petala bumi kemudian menghadapKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu apa pun,maka Aku akan menghadapmu pula dengan sepenuh petala langit pengampunan!!

(riwayat Imam Tirmizi yang berdarjat hasan)

P/S: Untuk memperjuangkan agama Allah yang suci, memerlukan para pejuang yang memiliki hati yang suci dan bersih dari noda dosa. Teruskan perjuangan disamping memperbaiki diri. Semoga kita terdiri dikalangan hambaNya yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah swt.

"ISLAM 4 ALL"

Friday, April 25, 2008

Sebarkanlah Salam Sesama Saudara Se-Muslim


''Sebarkanlah salam, hubungkanlah tali silaturahim, berilah makan dan dirikanlah shalat malam di saat manusia tertidur lelap. Niscaya kalian akan masuk surga dengan damai.''
(HR Al-Tirmidzi).
Ulama berbeza pendapat akan makna salam dalam kalimat assalaamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuhu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa salam adalah salah satu nama dari nama-nama Allah sehingga kalimat assalaamu 'alaik berarti ''Allah bersamamu.'' Sebahagian yang lain berpendapat bahawa makna salam adalah keselamatan sehingga maknanya, ''Keselamatan selalu menyertaimu.''Nabi SAW sangat menganjurkan umatnya saling menyebarkan salam, mengucapkan salam kepada sesama Muslim, baik yang belum dikenal mahupun yang sudah dikenal (baik yang baik akhlaknya atau pun yang buruk akhlaknya...semog diberikan hidayah oleh Allah swt). Beliau juga mengatakan dalam salah satu hadisnya bahawa salah satu syarat agar dapat saling cinta-mencintai adalah dengan menyebarkan salam, afsyu al-salam bainakum, demikian saranan Beliau. Dengan kata lain, Nabi SAW memerintahkan umatnya membangun dan menciptakan ''budaya salam'' dalam kehidupan sehari-hari.
Rasulullah SAW bersabda, ''Kamu sekalian tidak akan masuk surga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu kerjakan niscaya kamu sekalian akan saling mencintai? Yaitu sebarkanlah salam di antaramu sekalian.''
(HR Muslim)
Kita dapat merasakan dan membuktikan betapa ucapan, assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu memiliki daya magnet yang luar biasa. Hati kita menjadi damai jika mendengar orang lain mengucapkannya, sekalipun salam itu tidak ditujukan kepada kita.Tidak hairan, jika Nabi SAW sangat menganjurkan umatnya selalu mengucapkan salam secara sempurna, karena hal demikian akan mendapat pahala tiga puluh. Bahkan, secara etika dalam mengucapkan salam Nabi SAW memberikan bimbingan yang sangat konkret.Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
''Hendaklah orang yang lebih kecil memberi salam kepada yang lebih besar darinya, orang yang berkendaraan memberi salam kepada yang berjalan kaki, dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang banyak.''
(Muttafaq 'Alaih).
Semestinya kita akan selalu bersemangat dalam melakukan kebaikan dan menghidupkan serta menyuburkan sunnah Rasulullah SAW. Menyebarkan salam antara umat muslim adalah salah satu sunnah yang sangat dianjurkan Nabi SAW. Semoga dengan banyak menebar salam antara sesama muslim, rasa saling mencintai, mengasihi akan menjelma dalam kehidupan kita sehari-hari.
P/S: Artikel ini telah diedit sedikit untuk menyesuaikan ia dengan bahasa Melayu(versi Malaysia). Semoga sahabat-sahabat dapat faham dan kita sama-sama mengamalkan sunnah Nabi SAW ini yang pada pengamatan saya, semakin terhakis dan tidak diamalkan dikalangan umat Islam, malah lebih-lebih lagi dikalangan kita yang mengaku da'ie dan memahami perjuangan Islam...jangan malu-malu untuk beri salam pada sahabat muslim yang lain ye...selamat beramal....sekadar perkongsian ilmu...('',)
"ISLAM 4 ALL"

Thursday, April 24, 2008

Jangan abaikan soal Tarbiyyah..wahai pejuang Islam

By: Aliff Basri

Tengah hari tadi, waktu membaca berita di harakahdaily, saya tertarik dengan berita berkaitan dengan 'Usaha Pemantapan PAS Pasca PRU-S/u Agung PAS'. Borang keahlian PAS habis dibeberapa buah negeri. Ini menunjukkan bahawa PAS, yang merupakan wadah perjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia melalui saluran demokrasi, sudah semakin diterima masyarakat umum.Saya juga optimis untuk mengatakan bahawa, sekiranya keahlian PAS dibuka kepada non-muslim, sudah tentu mereka juga akan berpusu-pusu untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga PAS. Ini kerana mereka yakin keadilan Islam yang dibawa oleh PAS.

Sewaktu membaca berita berkenaan, secara spontan hati saya tidak tenang, badan saya menggigil dan seolah-olah nak nangis. Saya terfikir sekiranya keahlian PAS bertambah, alangkah baiknya jika usrah dapat dikembangkan untuk setiap orang yang menjadi ahli PAS. Ini bermakna setiap ahli masyarakat yang menyertai PAS melalui pengisian borang, akan diadakan program khas buat mereka sekurang-kurangnya setiap bulan sekali secara berterusan. Tidak hanya terhad pada penggerak sepenuh masa atau yang komited dengan gerak kerja jemaah. Tapi sekiranya pertambahan tersebut tidak didasari dengan kefahaman yang benar tentang perjuangan yang dibawa oleh PAS, ia mungkin boleh membawa fitnah besar pada gerakan satu masa nanti. Saya bimbang jika satu hari nanti PAS menjadi wadah politik semata-mata dengan terabainya TARBIYYAH ahlinya. Walau bagaimanapun, saya yakin dengan kepimpinan parti bahawa tidak akan sama sekali mengabaikan soal tarbiyyah yang menjadi nadi perjuangan.

Politik, politik juga, tapi aspek tarbiyyah jangan ditinggalkan

Kefahaman terhadap perjuangan Islam mesti sentiasa diasah oleh setiap ahli gerakan. Selain usrah, banyak lagi medium tarbiyyah yang mesti diambil berat oleh setiap ahli gerakan. Sebarang program tarbiyyah yang dianjurkan oleh jemaah, masti dihadiri tanpa sebarang alasan. Setiap ahli gerakan mesti faham bahawa setiap program yang ditentukan oleh pimpinan bukan suka-suka, bahkan ia sebenarnya bertujuan untuk melahirkan pejuang Islam yang berkualiti tinggi. Pejuang yang berkualiti tidak akan dapat dibentuk tanpa latihan yang berterusan. Pendek kata, jangan 'escape' program tarbiyyah. Setiap ahli gerakan yang mengaku untuk menjadi pejuang Islam seharusnya bermuhasabah, benarkah diri ini seorang pejuang Islam? Atau sekadar untuk tumpang 'glamour' bila dipuji kerana berani atau sebagainya? Ini yang perlu diambil perhatian oleh setiap ahli gerakan. Saya risau sangat, jika diri saya sendiri berjuang ketika ramai sahabat seperti di kampus, tapi bila sudah keluar kampus, adakah saya akan bertahan jika satu hari nanti saya hanya berkeseorangan?Itu satu persoalan. Selain itu timbul pula persoalan, betul ke apa yang diperjuangkan? Sekali lagi aspek kefahaman dasar perjuangan memainkan peranan yang penting agar tidak berada diawang-awangan dan 'tidak mudah ditiup angin'.

Jika ahli gerakan Islam tidak faham dasar perjuangan yang dibawa melalui wasilah PAS, amat mudah bagi seseorang ahli gerakan Islam itu semakin menjauhi jemaah(Nauzubillah...haaai...risau nye..moga dijauhkan..). Sebab itulah, sebarang program tarbiyyah mesti diikuti oleh setiap ahli gerakan Islam. Jika sibuk sekali pun, carilah sekelumit masa untuk menambah kefahaman melalui perbincangan dengan sahabat-sahabat atau ustaz jika tidak faham tentang sesuatu perkara bersangkutan dengan jemaah dan Islam(jika dikampus atau di luar lepas belajar nanti), menghadiri majlis ilmu (walau sehari seminggu) atau membaca harakah. Semoga roh perjuangan Islam sentiasa mekar dihati kita.

Sebab itu saya amat berharap agar setiap ahli gerakan Islam dapat menitik beratkan soal tarbiyyah. Di peringkat jemaah, sudah tentu ada program-program yang ditetapkan untuk meningkatkan kualiti ahlinya. Manakala diperingkat ahli itu sendiri, perlu kreatif untuk mendapat kefahaman yang jelas tentang perjuangan. Tarbiyyah ruhiyyah perlu dipertingkatkan melalui penyucian hati dan menanamkan sifat-sifat mahmudah. Seterusnya meningkatkan pergantungan diri kepada Allah. Tarbiyyah ini pula perlu difahami, tidak hanya berkaitan dengan ruhiyyah, malah ia juga berkaitan dengan jihadiyyah (ketahanan fizikal), amal soleh(solat, baca al-Quran), jamaiyyah (adab berjemaah), siyasiyyah(etika berpolitik menurut Islam) dan sebagainya. Jemaah ingin menghasilkan jundu-jundu yana berpakej lengkap dengan ilmu pengetahuan yang jelas tentang Islam, berkemahiran tinggi dalam pengurusan organisasi dan boleh masuk dalam masyarakat.

Semoga para pejuang Islam dapat bermuhasabah diri sama ada benar atau tidak diri ini seorang pejuang Islam. Ini sekadar pandangan dari saya yang masih perlukan tarbiyyah dan ilmu serta amat kurangnya pengalaman....

"ISLAM 4 ALL"

Wednesday, April 23, 2008

Tomorrow....My First paper.....

Salam Mujahid...

Esok petang adalah kertas peperiksaan yang pertama akan saya duduki. Mohon sahabat-sahabat doakan saya agar dipermudahkan menjawab dengan tepat dan betul...

Syukran....

Sunday, April 20, 2008

Ghulamud Dakwah

Pengorbanan seorang budak demi Risalah, dan realiti kisah ini dengan kita

Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia memiliki seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Karena itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’. Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya. Begitu ia sampai kepada tukang sihir karena terlambat serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’ Dan bila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’ Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.

Suatu kali, ia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak bisa menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan ridhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia bisa menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku. Selanjutnya, pemuda itu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya. Alkisah, ada pejabat raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini! Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak bisa menyembuhkan seseorang. Yang bisa menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, niscaya Ia akan menyembuhkanmu. Ia lalu beriman dan berdo’a kepada Allah dan sembuh. Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala. Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’ ‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya. Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Demikianlah, sehingga ia terus-menerus disiksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’. Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Lalu ia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu bersama beberapa orang ia dikirim ke gu-nung ini dan itu. (Sebelumnya) sang raja berpetuah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir. Lalu sang pemuda datang mencari sampai bisa bertemu raja kembali. Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’. Kembali ia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’. Sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja. Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’. Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan bisa membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan bisa membunuhku’. Raja penasaran, ‘Perintah apa?’ Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda). Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bagian yang kena panah lalu meninggal dunia. Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takut-kan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman. Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’. Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.” (HR. Ahmad dalam Al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah. Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya. Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir).

Friday, April 18, 2008

Memorandum B.A.S.M.I

Salam Mujahid,

Sebagai respon terhadap isu FITNA dan beberapa lagi isu penghinaan terhadap Islam, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan telah mengambil inisiatif dengan membuat satu memorandum bantahan terhadap isu pendiskriminasian terhadap Islam.

Bantahan Spekulasi Media Internasional (BASMI)

Ia merupakan memorandum rasmi yang dibuat oleh pihak MPP UMS Labuan yang disokong oleh Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa(JAKMAS) dan Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR). Bagi menjayakan kempen kesedaran ini terhadap warga kampus, beberapa perkara telah dilakukan seperti majlis penerangan tentang ancaman yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan perlunya kesatuan semua mahasiswa Islam UMS KAL bertempat di Masjid al-Hikmah, UMS KAL. Selain itu, warga UMS KAL juga diedarkan risalah tentang kronologi penghinaan terhadap Islam yang telah dilakukan sejak sekian lama. Perlu ditekankan di sini bahawa tujuan diadakan protes ini sebagai menunjukkan rasa sensitifnya umat Islam terhadap sebarang isu yang tidak benar dan disebarkan oleh golongan-golongan tertentu yang bertujuan untuk mengelirukan umat manusia seluruhnya terhadap Islam.

Sebagai usaha untuk menunjukkan protes yang bersungguh-sungguh daripada mahasiswa, kempen Boikot Barangan Belanda telah dilakukan. Pihak MPP UMS KAL dengan kerjasama JAKMAS dan BADAR serta mahasiswa-mahasiswa UMS KAL juga telah bersetuju untuk melakukan 'perhimpunan aman'. Walau bagaimanapun, perhimpunan tersebut tidak dapat dilaksanakan selepas solat Jumaat tadi kerana tidak mendapat kebenaran pihak HEP. Pelik dan penuh tanda tanya. Kenapa HEP susah sangat hendak memberi kebenaran pada pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru?(UMS KAL tak pernah buat sebarang perhimpunan aman atau demonstrasi seperti di IPT-IPT di semenanjung). Bukannya mahasiswa hendak mengganas...bukannya mahasiswa hendak melawan kerajaan.. Inikan isu sejagat, isu antarabangsa... Sepatutnya pihak universiti memberi peluang kepada mahasiswa untuk bebas bersuara menurut saluran yang betul. Dan perhimpunan aman adalah salah satu cara atau saluran untuk menyatakan hasrat mereka. Ini dilakukan oleh negara-negara demokrasi yang benar. Bukankah Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen?

Mungkin mereka takut dan masih belum bersedia untuk menerima perubahan daripada mahasiswa-mahasiswa yang celik isu-isu semasa. Mungkin pada sangkaan mereka bantahan-bantahaan berupa perhimpunan awam tidak memberikan sebarang faedah pada mahasiswa UMS KAL. Cukup sekadar belajar dan menuntut ilmu di dewan kuliah. Yang penting, perbaiki diri. Macam mana nak perbaiki diri kalau TIDAK TIMBUL KESEDARAN? Tujuan perhimpunan itu adalah untuk menunjukkan tahap kematangan mahasiswa UMS KAL bahawa 'kami sudah besar dan mahu bertindak sebagai seorang dewasa'. Perlu difahami bahawa perhimpunan aman itu bukan satu-satunya tindakan yang diambil sebagai tanda kasih dan sayang pada Rasulullah dan Islam, malah lebih dari itu, mahasiswa disaran agar sentiasa memperbaiki diri untuk menghiasi peribadi sebagai Individu Muslim. Jihad ekonomi juga dilaksanakan dengan melakukan pemboikotan terhadap barangan keluaran Belanda. Pihak PMUMS KAL juga mengharapkan suatu tindakan yang rasmi dari pihak UMS KAL diambil dalam usaha untuk bersama-sama menjaga perpaduan antara agama dan bangsa. Sememangnya UMS KAL adalah sebuah kampus yang unik. Mahasiswanya yang terdiri dari berbilang-bilang bangsa dan agama perlu diberi kefahaman yang lebih jelas lagi tentang Islam walaupun pada pengamatan saya tahap perpaduan antara kaum berada diperingkat yang sangat baik di UMS KAL ini.

Pada pandangan saya, pihak HEP UMS KAL tidak sepatutnya menghalang mahasiswa-mahasiswa untuk melakukan perhimpunan aman selagi mana akhlak-akhlak terjaga dan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak universiti. Pihak universiti boleh mengambil tindakan sekiranya garis panduan mengadakan perhimpunan awam di kawasan kampus dilanggar oleh mahasiswa yang terlibat. Tidak menjadi masalah. Pokoknya di sini, pihak universiti seharusnya sedar bahawa dalam usaha membentuk modal insan yang gemilang, minda mereka perlu kritis. Kritis dari segi mampu mmpersoalkan dasar-dasar universiti atau kerajaan yang didapati tidak memberi manfaat malah memberi mudarat kepada rakyat dan mahasiswa. Mahasiswa tidak boleh hanya sekadar menerima atau mengkritik isu-isu berkaitan dengan apa yang dipelajari di dewan kuliah atau hanya yang berkaitan dengan jurusan yang diambil sahaja. Jangan bimbang, kritikan yang diberikan oleh mahasiswa yang professional bukan hanya dengan air liur basi sahaja, malah ia disertai dengan idea-idea atau cadangan-cadangan bagi mengatasi persoalan yang timbul. Ini merupakan peluang yang perlu diberikan oleh pihak universiti kepada mahasiswa-mahasiswa, terutamanya mahasiswa-mahasiswa UMS KAL.

Harapan saya agar pihak universiti dapat mengkaji persoalan ini samada perlu memberi peluang kepada mahasiswa untuk melakukan sebarang perhimpunan aman di kampus atau tidak. Sekiranya dibenarkan, saya menyarankan agar satu garis panduan digubal untuk memastikan perhimpunan yang akan dilaksanakan tidak menimbulkan masalah. Kepada aktivis mahasiswa, terutamanya aktivis-aktivis mahasiswa Islam UMS KAL, teruskan pejuangan kalian di bumi Labuan. Tingkatkan pergantungan kepada Allah agar dakwah Islam dapat tersebar dengan cemerlang di bumi UMS KAL. Ingatlah, jangan ghairah berjuang tanpa memahami maksud dan matlamat perjuangan. Kefahaman perlu dipertingkatkan dan diperteguhkan dijiwa dan hati sanubari kita semua. Jangan gentar dengan musuh-musuh Allah. Teruskan perjuangan... Ini sekadar perkongsian pandangan peribadi....

"ISLAM 4 ALL"

PAS Kawasan tubuh Tabung Prihatin Parlimen Bukit Gantang

TAIPING, 17 April (Hrkh) - Mesyuarat khas PAS kawasan Bukit Gantang pada 7 April baru lalu telah membuat keputusan melancarkan Tabung Prihatin Parlimen Bukit Gantang bagi langkah mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut koodinator tabung pihatin kawasan berkenaan, ia juga bertujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Bukit Gantang yang telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Tabung ini juga akan digunakan untuk menyediakan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan seperti mereka yang ditimpa musibah, banjir, ribut dan kebakaran rumah.

Justeru katanya, mereka yang berada di sana dan tinggal di kawasan tersebut atau di luar diminta menderma kepada Tabung Prihatin.

"Dana yang dikutip nanti dapat membantu mereka yang susah atau miskin, seperti pendaftaran untuk kemasukan universiti dan mendapat rawatan perubatan," katanya.

Sebarang derma boleh disalur ke akaun Bank Islam Cawangan Taiping. Nombor Akaun 8040010013314. Penderma yang berminat untuk menderma bekalan makanan boleh terus dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen, di Markas Tarbiyyah, 34000 Air Kuning Taiping.

Pusat ini boleh dihubungi melalui talian 058552249. - mns

P/S: Sesiapa yang ingin menderma dan tercari-cari saluran menderma, moga ini dapat membantu anda untuk menambah kekayaan anda di akhirat, insyaallah...

"ISLAM 4 ALL"

Tuesday, April 15, 2008

Satu Hari di Banglo Berhantu....(BHGN. 1)

Salam Mujahid,

Semalam, hari Isnin bersamaan 14 April 2008, adalah hari untuk 'presentation' bagi subjek yang saya ambil pada sem ini iaitu Fiqh Muamalat. Setiap kumpulan diminta untuk membuat pembentangan berkaitan tajuk masing-masing. 'Event' dibuat di sebuah banglo di dalam kampus. Banglo itu merupakn tempat para VIP yang hadir ke kampus untuk menghadiri sebarang 'event' di UMS Labuan. Kenapa saya panggil banglo berhantu? Sebabnya, kononnya sebelum ini, sesiapa yang tinggal di banglo itu akan dikacau dengan bunyi-bunyian atau pintu secara tiba-tiba seolah-dikunci dari luar (menurut pengalaman rakan MPP yang pernah tinggal di sana). Kebenarannya hanya mereka yang merasainya sahaja yang tahu..Walau apapun, bukan ini fokus saya untuk penulisan kali ini. Sebenarnya ia berkaitan dengan hari pembentangan 'assignment' yang dilakukan dengan suasana santai iaitu dengan adanya BBQ dan jamuan ringan. Hampir 15 kumpulan membentangkan tugasan masing-masing. Bermula jam 10.00 pagi dan berehat jam 12.30 t.hari untuk solat dan makan. Kemudian disambung pada jam 2.30 petang sehingga ke kumpulan saya yang terakhir pada jam 6.15 petang semalam. Sememangnya suatu penantian yang panjang. Ada beberapa perkara yang ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat. Semoga memberi manfaat hendaknya...

Cerita 1

Pembentang kedua membentangkan tajuk mereka berkaitan dengan zuhud yang sebenarnya. Selepas selesai pembentangan, pensyarah kami, berkongsi pengalaman tentang bagaimana merasa cukup dengan kewangan yang ada di poket. Beliau bawa sebuah kisah tentang Saidina Ali Karamallahu wajhah dengan buah delima.

Suatu hari, isteri beliau, Saidatina Fatimah mengidam buah delima. Lalu beliau pergi ke pasar untuk membeli buah tersebut. Beliau membeli sebanyak 3 biji. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang tua yang mahukan buah delima, lalu diberikan. Perjalanan diteruskan dengan tinggal 2 biji sahaja buah delima. Sekali lagi, dipertengahan jalan, beliau terjumpa dengan seorang yang memerlukan makanan. Lalu beliau memberikan sebiji lagi buah delima kepada orng tersebut. Tinggal lagi sebiji buah delima. Ketika hendak sampai di rumah beliau, sekali lagi beliau terserempak dengan seorang fakir miskin yang berhajat kepada makanan. Lalu habislah ketiga-tiga buah delima yang diidamkan oleh isteri beliau. Beliau sangat sedih kerana tidak dapat menunaikan hasrat isterinya. Apabila sampai sahaja di rumah, beliau menerangkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan kepada Saidatina Fatimah. Dengan senang hati Saidatina Fatimah menjawab bahawa sebentar tadi ada seseorang yang tidak dikenali telah memberikan sebakul buah delima sebanyak 30 biji kepada beliau. Beliau amat terkejut dan bersyukur pada Allah.

Moralnya, sebenarnya ada satu hadis Nabi saw berkaitan dengan anjuran bersedekah walau disaat kesusahan dan akan dibalasi dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Saya lupa mafhum hadis tersebut. Mohon sahabat-sahabat boleh berkongsi jika tahu... Melalui hadis tersebut, Nabi saw menggalakkan bersedekah walau di saat kesusahan dan percayalah, bahawa Allah pasti akan membalasnya dengan kelebihan berkali-kali ganda. Kemudian, dia berkongsi cerita tentang kehidupannya sewaktu belajar di Jordan. Ada satu ketika beliau berada dalam situasi kewangan yang amat terhad, bantuan kewangan masih belum sampai sedangkan beliau mampu untuk meminta bantuan kewangan yang lebih dari keluarga, namun beliau tidak melakukannya. Tetapi alhamdulillah, beliau masih dapat memenuhi segala keperluan hidup dengan baik seperti makan minum, tempat tinggal dan juga bersedekah walau dalam keadaan serba sederhana dan kewangan yang terhad. SAlah satu amalan yang beliau praktikkan setiap hari ialah baki hasil perbelanjaan pada hari setiap, misalnya 10sen, akan dikumpul selama 5 hari (bermakna berjumlah 50sen), lalu di hari terakhir, wang yang terkumpul itu, beliau sedekahkannya sama ada dimasjid atau mana-mana tabung. Maknanya di sini, satu cara yang saya lihat kita boleh amalkan untuk mendapat ketengangan dalam hidup dan bersikap Qana'ah adalah dengan memperbanyakkan sedekah dan salah satu untuk melatih jiwa adalah seperti cara beliau lakukan. Mungkin sebagai permulaan buat kita yang mungkin jarang bersedekah. Dari situ, ia dapat meningkatkan ketaqwaan kita pada Allah dan mensyukuri segala nikmat untuk dikongsi dengan hambaNya yang lain. Yakin dan percayalah, pengorbanan di jalan Allah adalah tidak sia-sia(pesanan untuk diri sebenarnya).

Cerita 2

Pembentangan kumpulan kami adalah bertajuk "Penggunaan Dinar Emas Sebagai Alat Pertukaran Perdagangan Antarabangsa: Releven atau Tidak?"....Selepas pembentangan, timbul persoalan, mengapa Dinar Emas masih gagal dilaksanakan secara meluas di peringkat Malaysia, apatah lagi dunia? Kami memberi salah satu saranan bahawa ia disebabkan masih kurangnya pendedahan kepada masyarakat umum tentang kelebihan pengaplikasian Dinar Emas sebagai alat pertukaran barangan. Oleh itu, pakar-pakar ekonomi perlu memikirkan cara yang terbaik untuk memberi penerangan yang jelas kepada setiap peringkat lapisan masyarakat tentang kepentingan Dinar Emas dan kesan positifnya pada masyarakat dan umat Islam. Dan ini pula jawapan pensyarah kami:Umum mengetahui, pakar-pakar ekonomi mengetahui bahawa Dinar Emas mempunyai potensi yang tinggi dan mampu mewujudkan persaingan diperingkat antarabangsa sebagai alternatif kepada pergantungan terhadap penggunaan Dolar Amerika, tetapi menurut pensyarah kami lagi bahawa kebanyakan negara-negara Arab tidak menyokong dengan bersungguh-sungguh dalam usaha membangunkan semula kegemilangan perlaksanaan ekonomi menurut acuan Islam. Malah ada di atara negara-negara Arab yang tidak menyokong usaha murni ini. Kami ditanya, mengapa jadi begitu? Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana keterikatan negara-negara Arab dengan Amerika Syarikat dalam soal menjaga kepentingan negara masing-masing. Perlu diketahui juga bahawa, bank-bank pusat bagi setiap negara (contoh di Malaysia adalah Bank Negara Malaysia), mereka telah terikat dengan perjanjian untuk menggunakan Dolar Amerika sebagai sandaran dalam sebarang transaksi perdaganagn diperingkat antarabangsa. Ini merupakan 'penjajahan ekonomi' yang ada diantara kita tidak sedar tentang perkara ini. Akibatnya, setiap kali Tun Dr Mahathir mengutarakan hal ini(sejak 201), begitu juga ahli ekonomi islam yang lain seperti Dr Umar Vadillo dan sebagainya, Amerika Syarikat menjadi antara penentang terkuat dalam usaha membangunkan mekanisma penggunaan Dinar Emas ini. Mereka sebenarnya bimbang kedudukan ekonomi mereka akan tergugat dengan pengaplikasian transaksi menggunakan Dinar Emas ini.

Di sinilah peranan OIC yang bertindak sebagai suara ummah untuk memikirkan dan mengkaji dengan lebih serius tentang pengaplikasian Dinar Emas ke atas setiap negara-negara Islam. Kesannya, negara-negara Islam akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi baru masa kini dan juga memiliki matawang tersendiri seperti mana yang Kesatuan Eropah telah wujudkan (matawang EURO). Ini sebenarnya memberi kekuatan ekonomi kepada umat Islam untuk 'survive' di lapangan dunia globalisasi yang bersifat menindas yang lemah. Salah satu cara berjihad yang utama buat umat Islam pada hari ini adalah bagaimana untuk membangunkan ekonomi umat Islam...Ini perlu difikirkan dan dilaksanakan bersama.

Kelantan telah mengorak langkah dengan penubuhan rangkaian Ar-Rahnu sebagai medium gadaian cara Islam dan pengaplikasian Dinar Emas sebagai alat membayar zakat, mas kawin, simpanan dan juga sebagai hadiah. Ini merupakan usaha yang patut dipuji dan diambil pengajaran oleh kerajaan Malaysia untuk lebih serius hendak membangunkan ekonomi umat Islam. Menurut Prof Remali Yusof, seorang pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah telah mendapati bahawa, salah satu masalah utama yang wujud dalam usaha pengaplikasian ekonomi islam di Malaysia adalah maslah perundangan. Sistem perundangan sekarang masih belum kuat dan masih belum mampu untuk menyokong pengaplikasian sistem ekonomi Islam secara menyeluruh. Jadi, isu ini memerlukan perhatian bagi kerajaan Malaysia, jika benar hendak mendaulatkan Islam dibumi Malaysia. Bukan hanya melaungkan retorik Islam Hadhari yang boleh menimbulkan kekeliruan pada umat Islam seMalaysia dan sedunia sahaja.

(Bersambung...)

Saturday, April 12, 2008

Memelihara Ikatan Hati Dan Ikatan Iman

Sumber : http://kebunhikmah.com/

“Ruh-ruh itu adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, yang telah saling mengenal maka ia (bertemu dan) menyatu, sedang yang tidak maka akan saling berselisih (dan saling mengingkari)”
. (HR. Muslim)

Inilah perumpamaan bagi ruh dan jiwa manusia, ia adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, kesatuaannya adalah kunci kekuatan, sedang perselisihannya adalah sumber bencana dan kelemahan. Jiwa adalah tentera Allah yang sangat setia, ia hanya akan dapat diikat dengan kemuliaan Yang Menciptakannya. Allah berfirman mafhumNya:

“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelajakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. 8:63)

Dan tiada satupun ikatan yang paling kukuh untuk mempertemukannya selain ikatan akidah dan keimanan. Imam Syahid Hasan Al Banna berkata:“Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekokoh-kokoh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran”. (Risalah Ta’lim, 193)

Sebab itu, hanya dengan kasih mengasihi karana Allah hati akan bertemu, hanya dengan membangun jalan ketaatan hati akan menyatu, hanya dengan meniti di jalan dakwah ia akan berpadu dan hanya dengan berjanji menegakkan kalimat Allah dalam panji-panji jihad fi sabilillah ia akan saling erat bersatu. Maka sirami taman persaudaraan ini dengan sumber mata air kehidupan sebagai berikut:

1. Sirami dengan mata Air Cinta dan Kasih sayang

Kasih sayang adalah fitrah dalam jiwa setiap manusia, sesiapa yang memilikinya bermakna memiliki segenap kebaikan dan sesiapa yang kehilangannya bermakna ditimpa kerugian. Ia menghiasi yang mengenakan, dan ia menistakan yang menanggalkan. Demikianlah pesan-pesan manusia yang agung akhlaqnya menegaskan. Taman persaudaraan ini hanya akan subur oleh ketulusan cinta, bukan sikap basa basi(acuh tak acuh) dan kemunafikan. Taman ini hanya akan hidup oleh kejujuran dan bukan sikap selalu membenarkan. Ia akan tumbuh berkembang oleh suasana nasihat menashati dan bukan sikap tidak peduli, ia akan bersemi oleh sikap saling menghargai bukan sikap saling menjatuhkan, ia hanya akan mekar bunga-bunga tamannya oleh budaya menutup aib diri dan bukan saling menelanjangi. Hanya ketulusan cinta yang sanggup mengalirkan mata air kehidupan ini, maka saringlah mata airnya agar tidak bercampur dengan iri dan dengki, tidak keruh oleh hawa nafsu, egoisme dan emosi, suburkan nasihatnya dengan bahasa empati dan tumbuhkan penghargaannya dengan kejujuran dan keikhlasan diri. Maka niscaya ia akan menyejukkan pandangan mata yang menanam dan menjengkelkan hati orang-orang kafir (QS.48: 29).

2. Sinari dengan cahaya dan petunjuk jalan

Bunga-bunga tamannya hanya akan mekar merekah oleh sinar mentari petunjuk-Nya dan akan layu karana tertutup oleh cahaya-Nya. Maka bukalah pintu hatimu agar tidak tertutup oleh sifat kesombongan, rasa kagum diri dan penyakit merasa cukup. Sebab ini adalah penyakit umat-umat yang telah Allah binasakan. Dekatkan hatimu dengan sumber segala cahaya(Al-quran) niscaya ia akan menyadarkan hati yang terlena, mengajarkan hati yang bodoh, menyembuhkan hati yang sedang sakit dan mengalirkan tenaga hati yang sedang letih dan kelelahan. Hanya dengan cahaya, kegelapan akan terbias dan kepekatan akan memudar hingga nampak jelas kebenaran dari kesalahan, keikhlasan dari nafsu, nasihat dari menelanjangi, memahamkan dari mendikte, bersikap objektif dari bersikap subjektif, ilmu dari kebodohan dan petunjuk dari kesesatan. Sekali lagi hanya dengan sinar cahaya-Nya, jendela hati ini akan terbuka. “Maka apakah mereka tidak merenungkan Al Quran ataukah hati mereka telah terkunci”. (QS. 47:24)

3. Bersihkan dengan sikap lapang dada

Tahap paling rendah cinta kasih sesama sahabat adalah kelapangan dada dan tahap paling adalah itsar ( mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri) demikian tegas Hasan Al Banna. Kelapangan dada adalah modal kita dalam menyuburkan taman ini, sebab kita akan berhadapan dengan beragam jenis dan karakter orang, dan “siapapun yang mencari saudara tanpa salah dan cela maka ia tidak akan menemukan saudara”. Inilah pengalaman hidup para ulama kita yang terungkap dalam bahasa kata untuk menjadi pedoman dalam kehidupan. Kelapang dada akan melahirkan sikap selalu memahami dan bukan minta dipahami, selalu mendengar dan bukan minta didengar, selalu memperhatikan dan bukan minta perhatian, dan belumlah kita memiliki sikap kelapangan dada yang benar bila kita masih selalu memposisikan orang lain seperti posisi kita, meraba perasaan orang lain dengan radar perasaan kita, menyelami logika orang lain dengan logika kita, maka kelapangan dada menuntut kita untuk lebih banyak mendengar dari berbicara, dan lebih banyak berbuat dari sekedar berkata-kata. “Tidak sempurna keimanan seorang mukmin hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya”. ( HR. Bukhari Muslim)

4. Hidupkan dengan Ma’rifat

Hidupkan bunga-bunga di taman ini dengan berma’rifat kepada Allah dengan sebenar-benar ma’rifat, ma’rifat bukanlah sekedar mengenal atau mengetahui secara teori, namun ia adalah pemahaman yang telah mengakar dalam hati karena terasah oleh banyaknya renungan dan tadabbur, tajam oleh banyaknya dzikir dan fikir, sibuk oleh aib dan kelemahan diri hingga tak ada sedikitpun waktu tersisa untuk menanggapi ucapan orang-orang yang jahil terlebih menguliti kesalahan dan aib saudaranya sendiri, tak ada satupun masa untuk menyebarkan informasi dan berita yang tidak akan menambah amal atau menyelesaikan masalah terlebih menfitnah atau menggosip orang. Hanya hati-hati yang disibukkan dengan Allah yang tidak akan dilenakan oleh Qiila Wa Qaala (banyak bercerita lagi berbicara) dan inilah ciri kedunguan seorang hamba sebagaimana yang ditegaskan Rasulullah apabila ia lebih banyak berbicara dari berbuat, lebih banyak bercerita dari beramal, lebih banyak berangan-angan dan bermimpi dari beraksi dan berkontribusi. “Diantara ciri kebaikan Keislaman seseorang adalah meninggalkan yang sia-sia”. ( HR. At Tirmidzi).

5. Tajamkan dengan cita-cita Kesyahidan

“Pasukan yang tidak punya tugas, sangat berpotensi menimbulkan pergaduhan”. Inilah pengalaman medan para pendahulu kita untuk menjadi sendi-sendi dalam kehidupan berjamaah ini. Kerinduan akan syahid akan lebih banyak menyedut keghairahan kita untuk beramal dari berpangku tangan, lebih menyibukkan untuk banyak memberi dari mengoreksi, untuk banyak berfikir hal-hal yang pokok dari hal-hal yang cabang. “Dan barang siapa yang meminta kesyahidan dengan penuh kejujuran, maka Allah akan menyampaikanya walaun ia meninggal diatas tempat tidurnya”. ( HR. Muslim)

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahay-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.

Amin…

P/S: Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat ku dan untuk diri ku sendiri.....sama-sama kita renungi di mata tahap kita....

"ISLAM 4 ALL"

Friday, April 11, 2008

What Is ISLAM?


Source:
http://www.elazhar.com/


ISLAM: BASIC CONCEPTS


ISLAM is the religion of truth. It is the embodiment of the code of life which God, the Creator and the Lord of the universe, has revealed for the guidance of mankind. For the proper development of human life man needs two kinds of thing:

(a) resources to maintain life and fulfil the material needs of the individual and society, and
(b) knowledge of the principles of individual and social behavior to enable man to have self- fulfilment and to maintain justice and tranquility in human life. The Lord of the universe has provided for both of these in full measure. To cater for the material needs of man He has provided nature with all kinds of resources, which lie at the disposal of man. To provide for his spiritual, social and cultural needs He raised His Prophets from among men and revealed to them the code of life which can guide man's steps to the Right Path. This code of life is known as Islam, the religion preached by all the Prophets of God.

God said:

‘Say, we believe in God, and in the revelation given to us, and to Ibrahim, Ismael, Isaac, Jacob and the Tribes. We believe in the revelation that was sent to Moses, Jesus all other Prophets from their Lord. We make no distinction between them, and unto Him we surrender.' (The Holy Qur'an 3:84, See also 2:136).

Also:

‘He has revealed to you (O Muhammad) the scripture with truth, confirming that which was revealed before it even as He revealed the Torah and the Ingeel, before as a guide to mankind and has revealed the Criterion (of judging between right and wrong).’(The Holy Qur'an 3:3-4).

THE MEANING OF ISLAM

Islam is an Arabic word and denotes acceptance of God as the Supreme and the Ultimate Reality. It means submission, surrender and obedience. As a religion, Islam stands for complete submission and obedience to God- that is why it is called Islam. The other literal meaning of the word Islam is peace and this signifies that one can achieve real peace of body and of mind only through submission and obedience to God. Such a life of obedience brings peace of heart and establishes real peace in society at large.

‘Those who believe and whose hearts find rest in the remembrance of God-indeed it is in the thought of God alone that the heart of man really finds rest-those who believe and act righteously, joy is for them, and a blissful home to return to.’ (The Holy Qur'an 13:28-29).

Unlike many other faiths, the name Islam is neither related with its founder (as in Buddhism or Christianity) nor tribe or race (like in Judaism) nor with land and soil (as in Hinduism). Anyone who submits to God as the Creator of the universe and follows His Commandments is a Muslim. Islam is the name given to this faith by God, in His revealed scripture, the Qur'an.

‘This day I have perfected your religion for you and completed My favor on you, and have chosen for you as the way of life Al-Islam.’(The Holy Qur'an 3:3-4)

According to the Qur'an this message was preached by all the Prophets of God, who guided man to the right path. But man not only veered away from the right path again and again, but also lost or distorted the code of guidance which the Prophets had bequeathed. That was why other Prophets were sent to restate the original message and guide man to the right path. The last of these Prophets was Muhammad (peace be upon him), who presented God's guidance in its final form and arranged to preserve it for all time. It is this guidance which is now known as Al-Islam and is enshrined in the Qur'an and the life- example of the Prophet-Sunnah. The basic Islamic concept is that the entire universe was created by God, whom Islam calls Allah and who is the Lord and the Sovereign of the Universe. He is the Lord of the universe which He alone sustains. He created man and appointed for each human being a fixed period of life which he is to spend upon the earth. God has prescribed a certain code of life as the correct one for him, but has at the same time conferred on man freedom of choice as to whether or not he adopts this code as the actual basis of his life. One who chooses to follow the code revealed by God becomes a Muslim (believer) and one who refuses to follow it becomes a Kafir (non-believer). A man joins the fold of Islam by honestly believing in and professing faith in the unity of God and the Prophethood of Muhammad (peace be upon him). Both these beliefs are eipitomised in the Shahadah (declaration of faith): La ilaha illallahu Muhammad rasulullah. (‘There is no god except God; Muhammad is His Prophet’.) The first part of this Shahadah presents the concept of Tawhid (unity of God) and its second part affirms the Prophethood of Muhammad (peace be upon him).

TAWHID: THE BEDROCK OF ISLAM

Tawhid is a revolutionary concept and constitutes the essence of the teachings of Islam. It means that there is only One Supreme Lord of the universe. He is all Powerful, all Knowing and the Sustainer of the world and of mankind. How can one observe the inexhaustible creativity of nature, its purposefulness, its preservation of that which is morally useful and destruction of that which is socially injurious, and yet fail to draw the conclusion that behind nature there is an All-Pervading Mind of whose incessant creative activity the processes of nature are but an outward manifestation? The stars scattered through the almost infinite space, the vast panorama of nature with its charm and beauty, the planned waxing and waning of the moon, the astonishing harmony of the seasons - all point towards one fact: there is God, the Creator, the Supreme Ruler. We witness a superb, flawless plan in the universe - can it be without a Planner? We see great enchanting beauty and harmony in its working can they be without a Creator? We observe wonderful design in nature can it be without a Designer? We feel a lofty purpose in physical and human existence - can it be without a Will working behind it? We find that the universe is like a superbly written fascinating novel - can it be without an Author? Truly, God said:

‘O, Mankind: worship your Lord, Who created you and those before you, so that you may ward off evil. Who has appointed the earth a resting place for you, the sky a canopy; and who causes water to pour down from the heavens, thereby producing fruit as food for you. So, do not set up rivals to God, when you know better.' (The Holy Qur'an 2:21-22).

This is the basic tenet to which Muhammad (peace be upon him) asked humanity to adhere. It is an important metaphysical reality and answers the riddles of the universe. It points to the supremacy of the law in the cosmos, the all pervading unity behind the manifest diversity. It presents a unified view of the world and offers the vision of an integrated universe. It is a mighty contrast to the piecemeal views of scientists and the philosophers and unveils the truth before the human eye. After centuries of groping in the dark, man is now coming to realize the truth of this concept and modern scientific thought is moving in this direction. But it is not merely a metaphysical concept. It is a dynamic belief and a revolutionary doctrine. It means that all human beings are the creatures of One God - they are all equal. Discrimination based on color, class, race or territory is unfounded and illusory; it is a remnant of the days of ignorance which chained men down to servitude. Humanity is one single family from Adam. Men are one - and not bourgeois or proletarian, white or black, Aryan or non-Aryan, Westerner or Easterner. Islam gives a revolutionary concept of the unity of mankind. The Prophet came to unite humanity on the world of God and to give it a new life. God says:

‘Hold tight to the rope of God, altogether and do not separate. Remember God's gifts and blessings unto you all, when you were enemies; remember how He forged your hearts together in love, and by His grace, you became brethren.’ (The Holy Qur'an 3:103).

This also defines the true position of man in the universe. It says that God is the Creator, the Sovereign; and that man is His vicegerent on the earth. It exalts man to the noble and dignified position of being God's deputy on earth and endows his life with a lofty purpose, to fulfil the Will of God on earth. This solves all the perplexing problems of human society and establishes a new order wherein equity and justice and peace and prosperity will reign supreme. The starting point of Islam is this belief in the Unity of God (Tawhid).

NUBUWAH: THE PROPHETHOOD

The second part of the Shahadah, on the other hand, signifies that God has not left man without any guidance for the conduct of his life. He has revealed His Guidance through His Messengers, and Muhammad (peace be upon him) was the last Messenger. And to believe in a Messenger means to believe in his message, to accept the Law which he gave and to follow the Code of Conduct which he taught. Thus the second basic postulate of Islam is to believe in the Prophethood of Muhammad (peace be upon him), to accept the teachings which he presented and to follow his commands. Every Prophet of God, according to the Qur'an, strove to build man's relationship with God on the principle of God's sovereignty and the acknowledgement of the authority of the Prophet as the source of divine guidance. Every one of them said:

‘I am to you God's Messenger, worthy of all trust. So be committed to God, fear Him, and obey me.’

The Guidance is revealed through the Prophets. It is a part of their mission to translate that into practice, in their own lives and in the society they try to reform. All the Prophets are representatives of God, but they are human beings and their lives are models for mankind. Muhammad (peace be upon him) is the last Prophet and Messenger and as such the final model for mankind. To believe in him means to accept his authority as representative of the Supreme Ruler and to follow his example in thought and behavior. The code of behavior, the law which is to decide what is permissible and what is forbidden (halal and haram), is given by God through the Prophet and is known as the Shari'ah. Belief in the Prophet involves acceptance of the Shari'ah. the Path, he has conveyed and to implement that in all walks of life. This is how the Will of God is fulfilled on the earth. The Qur'an says:

‘Every Messenger who was sent by us was sent for the purpose that he should be obeyed under the sanction of God.’ (The Holy Qur'an 4:64).

And about the last Prophet it explicitly states that:

‘Nay, O Muhammad: by your Lord, they will not be believers until they accept you as the final arbiter in all their disputes and submit to your decision wholeheartedly without any heartache.' (The Holy Qur'an 4:65).

The test of acceptance of God and His Prophet lies in conducting all human affairs in accordance with the Law conveyed by them.

‘And those who do not make their decisions in accordance with that revealed by God, they (in fact) are The disbelievers.’ (The Holy Qur'an 5:44).

Thus, belief in God and His Prophet means commitment to obey them and to fashion individual and collective life in the light of the Law and Guidance provided by them. This automatically raises the question: Would those who follow the law and those who refuse to accept it or abide by it be at the same level of existence? Are they going to be treated in the same way or differently? What would be the consequences of differing attitudes and behaviors? This brings us to the third postulate of Islam.

AAKHIRAH: THE LIFE AFTER DEATH

The world, according to Islam, is a place of trial and man is being judged in it. He will have to give account of all that he does herein. Life on the earth will, one day, come to an End, and after that a new world will be resurrected. It will be in this Life- after-death that man will be rewarded or punished for his deeds and misdeeds. Those who live in the present world a life of obedience to the Lord will enjoy eternal bliss in the Hereafter and those who disobey His commands will have to garner the bitter fruits of their disobedience. According to the Qur'an:

‘And every man's deeds have We fastened around his neck, and on the Day of Judgement will We bring forth a book which shall be proffered to him wide open: “Read your record: This day there need be none but yourself to make out an account against you.” (17:13-14).

‘Whosoever will come with a good deed, for him there shall be the like of it tenfold, while whosoever will come with an ill-deed, he shall be requited with only one like it, and they shall not be treated unjustly. (The Holy Qur'an 6:161).

This belief in life after death is the most decisive factor in the life of a man. Its acceptance or rejection determines the very course of his life and behaviour. A man who has in view success or failure in this world alone will be concerned with immediate benefits and ills. He will not be prepared to undertake any good act if he has no hope of gaining thereby some worldly interest, nor will he be keen to avoid any wrong act if it is not injurious to his interests in this world. But a man who believes in the next world as well and is convinced of the final consequences of his acts will look on all worldly gains and losses as temporary and transitory and will not put his eternal bliss at stake for a passing gain. He will look on things in their wider perspective and always keep the permanent benefit or harm in view. He will do the good, however costly it may be to him in terms of worldly gains, or however injurious it may be to his immediate interests; and he will avoid the wrong, however tempting it may look. He will judge things from the viewpoint of their eternal consequences and not according to his whims and caprices.

Thus there is a radical difference between the beliefs, approaches and lives of the two persons. One's idea of a good act is limited to whether in this brief temporary life it will bring gain in the shape of money, property, public applause and similar other things which give him position, power, reputation and worldly happiness. Such things become his objectives in life. Fulfilments of his own wishes and self-aggrandizement become the be-all and end-all of his life. And he does not draw back even from cruel and unjust means to achieve his ends. Similarly, his conception of a wrong act is one, which may involve a risk or injury to his interests in this world such as loss of property and life, harming of health, blackening of reputation or some other unpleasant consequence.

In contrast to this man, the believer's concept of good and evil will be quite different. To him all that pleases God is good and all that invokes His displeasure and wrath is evil. A good act, according to him, will remain good even if it brings no benefit to him in this world, or even entails loss of some worldly possession or injury to his personal interests. He will be confident that God will reward him in the eternal life and will be the real success. Similarly, he will not fall prey to evil deeds merely for some worldly gain, for he knows that even if he escapes punishment in his short worldly life, in the end will be the because he will not be able to escape punishment from the court of God. He does not believe in the relativity of morals but sticks to the absolute standards revealed by God and lives according to them irrespective of gain or injury in this world.

Thus it is the belief or disbelief in life after death which makes man adopt different courses in life. For one who does not believe in the Day of Judgement it is absolutely impossible to fashion his life as suggested by Islam.

"ISLAM 4 ALL"

"DISCOVER WHAT IS THE TRUE ISLAM"

Wednesday, April 9, 2008

Public Dana Islamic Optimal Growth: Medium Pelaburan Baru

Sumber: http://perbankankewanganislam.blogspot.com/



Kuala Lumpur, 3 April 2008-- Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Akan Melancarkan Sebuah Dana Islam Domestik Iaitu Public Dana Islamic Optimal Growth (PIOGF) Pada 8 April 2008 (Selasa). Para Pelabur Yang Ingin Mencapai Kombinasi Optimum Pertumbuhan Modal Dan Pertumbuhan Pendapatan Dalam Jangka Panjang Boleh Melabur Dalam PIOGF. PIOGF adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.


Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata PIOGF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur dalam saham-saham berlandaskan Syariah yang menawarkan hasil dividen yang menarik serta saham-saham bertumbuh patuh Syariah di pasaran domestik. “PIOGF akan melabur 50% daripada pelaburan ekuitinya dalam saham-saham bertumbuh patuh Syariah di pasaran domestik, sementara baki 50% lagi daripada pelaburan ekuitinya dilaburkan dalam saham-saham patuh Syariah yang menawarkan kadar hasil dividen yang menarik,” tambah beliau.

Tan Sri Teh menjelaskan bahawa PIOGF merupakan sebuah dana pertumbuhan modal dan pendapatan yang sesuai untuk pelabur-pelabur yang bersifat agresif dalam menerima risiko dan ganjaran. Pendedahan ekuiti PIOGF adalah dalam lingkungan 75% hingga 95% daripada nilai aset bersih (NAB) dana. PIOGF akan mengagihkan pendapatan tahunan kepada para pelabur berdasarkan usaha sedaya-upaya.

Harga Tawaran Permulaan PIOGF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 8 April 2008 hingga 28 April 2008. Pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

PIOGF diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PIOGF.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 61 dana untuk seramai lebih 1,650,000 pemegang akaun. Pada 31 Disember 2007, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM28.4 bilion.

Nota:
Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi:
Ahmad Sanusi Husain (Perunding Unit Amanah Syariah Public Mutual)
H/P:+6019-234 8786 atau e-mail: sanusi.my@gmail.com

P/S:
Dalam usaha menyokong perkembangan pengaplikasian ekonomi Islam, saya terpanggil untuk sebarkan perkara ini di blog saya yang dhaif ini. Ia merupakan salah satu medium untuk melabur selain daripada 'bank deposit', tabung Haji, takaful dan sebagainya..semoga dengan pelaburan yang dilakukan dapat makin melancarkan gerak kerja dakwah para pejuang Islam sekalian..wang merupakan alat dalam gerak kerja dakwah. Oleh itu perlu di urus menurut lunas-lunas Islam agar setiap umat Islam mendapat manfaat daripadanya. Pelaburan ini sesuai untuk muslim atau yang non-muslim(yang penting merupakan pencarum KWSP). Bagi mahasiswa yang bakal bekerja, nasihat saya, rancang betul-betul kewangan anda..sekadar cadangan dan pendapat...

"MENCARI KEKAYAAN AKHIRAT"

"ISLAM 4 ALL"


Tuesday, April 8, 2008

BN cuba mainkan isu perkauman - Guan Eng

GEORGETOWN, 8 April (Hrkh) - Pertemuan antara Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi di Pejabat Ketua Menteri aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) merangka jalinan muhibbah untuk menghindarkan percakaran perkauman di Malaysia.

ImageKetua Menteri ketika bercakap pada pemberita dalam sidang media bersama Presiden PAS menegaskan, isu perkauman sengaja dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi merenggangkan parti-parti khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS.

"Jika renggang bermakna BN boleh menang lagi maka tindakan merapatkan Pakatan Rakyat (PR) perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dihimpit penderitaan dan kezaliman termasuk kenaikan harga barangan dan petroleum, " ujarnya.

Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan 'Majlis Silatulrahim Antara Agama' bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik untuk melahirkan pendekatan antara kaum.

Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai halatuju.

ImageSementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan, Malaysia memerlukan satu gagasan di bawah Pakatan Rakyat bagi mengimbangkan kesedaran rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan Islam mengundi PAS.

Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh.

"Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang membanggakan, " tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Hadir serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh. - mks.

P/S: Sebenarnya, saya amat tertarik dengan artikel ini kerana ia mengingatkan kembali berita di Buletin Utama pada malam tadi (7 April 2008). Salah satu isu adalah berkaitan dengan ucapan YAB dato Seri Najib di hadapan para pegawai kerajaan di Putrajaya semalam. Antara ucapan yang saya tidak setuju (banyak yang tak setuju), adalah kenyataan beliau yang menuduh Pilihanraya yang lepas adalah bersifat perkauman. Saya tercari-cari, apa fakta yang beliau mengatakan sedemikian rupa? Padahal terang-terangan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina dan India telah membuat pilihan wakil rakyat mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum selain dari BN. Saya yakin, ramai pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat (PA) atas dasar untuk menegakkan keadilan. Maknanya, tidak kisah sama ada ia PAS, DAP atau PKR, yang penting, ia adalah selain dari BN. Ini terbukti di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pada saya, kewujudan PA bukan sebagai sebuah pakatan perkauman malah ia sebagai satu platform baru yang menggantikan BN untuk berlakunya integrasi antara kaum yang lebih harmoni mengikut lunas-lunas Islam yang bersifat sejagat. Sekadar pandangan..........

"ISLAM 4 ALL"