Sunday, June 15, 2008

3 PERSIAPAN SEORANG AHLI GERAKAN SEBELUM KE MEDAN MASYARAKAT

Salam Mujahid,

Subhanallah...dah lama ana tak update blog ana ni...selalu juga jenguk,tapi tak berkesempatan untuk membuat coretan. Pagi ini, alhamdulillah, Allah lapangkan sedikit masa untuk berkongsi sesuatu dengan sahabt-sahabat pembaca.

Hidup sebagai pejuang bukan sekadar seronok berkata-kata atau membincangkan pengalaman semata-mata, malah lebih dari itu sebenarnya adalah penghayatan diri para pejuang untuk merenung sama ada betul atau tidak niat di hati untuk berjuang demi agama Allah yang syumul ini.

Hidup sebagai mahasiswa akan tamat apabila seseorang mahasiswa itu 'grad'. Tapi itu bukan bermakna perjuangan yang dilaung-laungkan terhenti begitu sahaja. Perjuangan mesti diteruskan di medan perjuangan yang sebenar(bukan bermaksud perjuangan di kampus adalah main-main atau latihan semata-mata). Medan yang amat mencabar dan membuatkan seseorang pejuang itu lebih menghargai iman di hati sekiranya mereka sendiri terjun ke medan perjuangan. Kalau di universiti, kita berhadapan dengan golongan intelektual yang mempunyai kemampuan akal yang hampir sama, walau terdapat jurang pemikiran di antara mahasiswa sedar dan mahasiswa 'mandom'. Tapi, bila mahasiswa keluar ke medan perang yang sebenar, situasi agak berbeza. Masyarakat di luar sana terdiri dari pelbagai peringkat umur, tahap pemikiran dan ideologi kerana ia dipengaruhi oleh pengalaman, cara berfikir dan suasana sekeliling. Di luar sana ada 'mat rempit', bohsia, bojan, penganut sekular, liberal, tidak berilmu, dan tidak kurang juga wujud ahli masyarakat yang tidak faham Islam dalam konteks yang sebenar, mereka ini adalah penganut Islam yang jumud sehingga membuatkan dakwah jadi kaku, tertutup dan kadangkala ada dikalanagan para pendakwah yang merasa suci diri. Ini di antara golongan ahli masyarakat yang wujud di luar sana. Persoalannya, bagaimana kita hendak menarik mereka untuk bersama-sama dalam perjuangan islam yang sebenar?

Para daie memerlukan 3 persiapan utama dan perlu di ambil perhatian kerana ia amat penting untuk difikirkan, dibincangkan dan dilaksanakan dalam diri setiap individu muslim yang memahami perjuangan Islam:

1) PERSIAPAN THAQAFAH

Ini bermakna, setiap ahli gerakan, khususnya mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang minima(menguasai asas fardhu ain dan perlu fokus kepada fardhu kifayah yang sedang dipelajari). Selain itu, ahli gerakan perlu memahami tujuan perjuangan yang dipikul selama ini. Mesti benar-benar hadam maksud perjuangan yang didukung. Juga akibat serta ganjaran sekiranya meninggalkan atau memikul perjuangan. Ini penting bagi setiap ahli gerakan supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam aliran pemikiran di luar sana. Selain itu, ahli gerakan juga merupakan seorang daie dan perlu menyampaikan ilmu-ilmu yang dimiliki dengan setiap ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai tahap pemikiran. Ini memerlukan ilmu dakwah yang tidak boleh dipandang ringan. Cara mentarbiyyah ahli masyarakt diluar sana mungkin agak berbeza dengan cara mentarbiyyah golongan intelek di universiti. Satu perkara lagi ialah akademik. Isu ini kadangkala agak sensitif untuk dibincangkan(sepatutnya tidak) di sesetengah kampus. Walau bagaimana pun, saya ingin berkongsi pandangan seorang ustaz untuk difikirkan bersama. Asal bagi seorang muslim itu mempelajari atau mendalami sesuatu ilmu selain yang fardhu ain ialah fardu kifayah. Contohnya, sekiranya dalam sebuah masyarakat tiada seorang doktor, maka mesti ada wakil yang menjadi doktor dalam masyarakat tersebut. Sekiranya tiada, maka semua ahli masyarakat tersebut adalah berdosa. Pada ketika ini, untuk menjadi doktor adalah fardu kifayah dan mesti dilaksanakan oleh sALAH SEORANG AHLI MASYARAKAT TERSEBUT.

Apabila ada dikalangan mereka yang menyahut fardu kifayah ini, maka ketika itu, ilmu kedoktoran itu menjadi fardhu ain baginya. Dia bertanggungjawab untuk benar-benar menguasai ilmu tersebut. Maknanya dalam konteks sekarang, setiap jurusan yang diambil oleh seseorang ahli gerakan, perlu dikuasai oleh ahli gerakan tersebut. Ia menjadi fardu ain atas individu tersebut. Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk memberi yang terbaik pada setiap aktiviti jemaah yang dilakukan dan juga tanggungjawab sebagai pelajar. Jangan disebabkan akademik, kita undur dari perjuangan dan jangan disebabkan aktiviti jemaah, kita tinggalkan akademik. Ini sekadar peringatan untuk kita perbaiki diri.

2) PERSEDIAAN TANZIM

Ini bermakna setiap ahli gerakan mahasiswa mesti bersedia dari segi pengalaman bergerak di kampus masing-masing. Cara berorganisasi, berkomunikasi, menjalankan program dan segala yang berkaitan dengan 'soft skill' mesti dihadam oleh seseorang ahli gerakan. Ini amat penting untuk memastikan kita memahami serba sedikit cara untuk bergerak di kampun masing-masing nanti.

3) PERSEDIAAN RUH

Dari segi persedian ruh, setiap ahlI gerakan mesti mengambil berat tentang hubungan dengan Allah. Tidak cukup hanya dengan semangat dan kefahaman 'surface' atau mendalam tentang perjuanagn Islam, tetapi hubungan dengan Allah tidak dijaga. Solat tidak pada waktunya, puasa sunat tidak diamalkan setiap minggu, qiyamullail tidak dilakukan, tapi pada masa yang sama mengharapkan kemenangan untuk Islam. Bagaimana perjuangan suci ini hendak menang kalau diperjuangkan oleh orang-orang yang menjauhi Allah??? Di luar sana lebih mencabar dan memerlukan pergantungan yang tinggi pada Allah agar kita tidak tersungkur dipertengahan jalan nanti. DI harapkan agar setiap ahli gerakan mengambil berat soal tarbiyyah ruhiyyah ini agar kita menjadi ahli gerakan yang sesuai seperti yang diajarkan oleh Rasulullah saw. PAda masa yang sama, mesti berusaha untuk arifd tentang siasah yang amat penting selain ilmu-ilmu Islam yang lain.

Ini 3 persiapan yang perlu ada bagi setiap ahli gerakn dikampus sebelum 'grad' nanti. Saya mendapat ilmu ini dari seorang ustaz di UTP yang merupakan seorang ahli gerakan yang aktif. Semoga kita mendapat serba sedikit manfaat dari ilmu yang dia curahkan. Perkongsian ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk melihat kebangkitan Islam yang lebih berkualiti pada masa akan datang dan mendapat keberkatan di sisi Allah.

(Perkongsian ini adalah untuk difikirkan bersama. Sekiranya baik, kita sama-sama jadikan amalan)

"ISLAM 4 ALL"