Tuesday, July 22, 2008

Peristiwa Titik Mula Perubahan Hidupku

2 bulan sebelum 19 Julai 1991

"Papa, nanti lepas mama keluar hospital, kita berkelah kat Teluk Batik nak?"

"Boleh..." Spontan tapi penuh erti bagi aku...

Tak sabar rasanya hendak berkelah dengan mama lepas adik aku dilahirkan nanti. Membuak-buak rasa kasih pada mama tercinta.

19 Julai 1991

"Mak, Rokiah 50/50 sekarang...." Papa telefon nenek yang ada di Kuala Lumpur.

'Ya Allah, moga selamat menantu aku..." hanya itu setinggi tinggi pengharapan pada Allah yang nenek dapat ungkapkan di hati.... Fizikalnya, air mata jatuh bederai tanpa dipaksa..

Kenapa boleh jadi begitu? Sebelum ni ok je....tak terfikir langsung boleh jadi begini...

Khabar terbaru dari Hospital besar Ipoh, Papa kata mama dalam keadaan koma. Ramai dikalangan kawan-kawan papa dan mama yang datang menjenguk di ICU Hospital Besar Ipoh. Kebanyakan mereka adalah tentera laut. Papa dan mama seorang parajurit TLDM. Juga saudara-mara ku yang datang dari KL dan P. Pinang.

Setelah hampir 6 jam koma, doktor jumpa papa.... Papa diberi dua pilihan... Sama ada hendak membiarkan keadaan mama yang hidup hanya dengan bantuan mesin yang tidak pasti bila akan bangkit (mungkin tidak akan bangkit)...atau 'membiarkan dia pergi'....kerana tanpa bantuan mesin(sekadar usaha) mama memang tidak dapat bernafas sendiri(dengan izinNya jua). Dua pilihan yang sukar diputuskan. Di belakang papa, ada aku yang hanya baru berumur 5 tahun, adik ku, Azalan berumur 3 tahun dan bayi yang baru saja lahir yang berumur tidak sampai sehari.. Keputusan yang bakal dibuat melibatkan nasib kami berempat selepas ini. Nasib yang tidak tahu bagaimana akhirnya.

Setelah berbincang, Papa membuat keputusan yang bukan pilihannya sebenarnya..Walau ada pilihan, tapi sebenarnya tiada pilihan...(harap faham maksud ku)... Papa ambil keputusan untuk membenarkan doktor menanggalkan corong pernafasakan dan melepaskan pergantungan mama pada alat sokongan hidup...
Innalillahi wainnaa ilaihi raaji'uun...

Mama dah takde...perkelahan ke Teluk Batik juga terpaksa di tiadakan...lepas ni aku tak dapat panggil mama lagi...tak dapat rasa sentuhan dan belaian mama lagi..masakan mama...senyuman mama...segala-galanya yang berkaitan dengan mama, aku tak kan dapat rasakan lagi....

Mama dah tinggalkan aku, adik-adikku dan Papa... Dia telah dipanggil Allah untuk bertemu denganNya terlebih dahulu... Lebih awal dari nenek... Benar, ajal itu tidak mengenal umur, sama ada tua atau muda. Apabila sampai ajal, kita kena benerimanya. Itu ketentuan Allah... Perlu bersedia dari sekarang. Itu antara yang aku dapat belajar.

Nasib adikku, Bainun...

DI kaunter pengambilan bayi. Papa kata, ramai orang beratur, cina dan India juga ada... Untuk apa? Bila papa tanya nurse di situ, Nurse kata, mereka beratur kerana terdengar bayi yang baru sahaja kematian ibu, jadi mereka hendak mengambilnya sebagai anak angkat. Ya Allah...tak dapat aku bayangkan kalau adik aku dibesarkan dalam dunia dan keluarga orang bukan menganut Islam(Alhamdulillah, adik aku tetap bersama kami hingga kini) Bila Papa beratur, papa juga diperiksa dengan teliti, bimbang berlaku penipuan... Tapi alhamdulillah, selepas pemeriksaan yang teliti, Papa dapat ambil Bainun balik ke rumah....tapi tanpa Mama...

Tanpa Mama

Aku membesar tanpa Mama selama hampir 8 tahun. Bila tengok orang lain ada mama, aku jadi rindu...rindu sangat...aku rindu belaian dan sentuhan Mama...

Tapi aku pelik, kenapa ada dikalangan orang sekarang yang langsung tak menghargai ibu mereka, mama mereka, mummy mereka, umi mereka? Kehadiran ibu mereka seolah-olah jadi musuh kepada mereka...kenapa jadi begitu? Panggilan ibu disahut dengan seribu satu keluhan yang entah apa-apa. Bila dah tua, ada dikalangan anak yang bengap(maaf agak kasar) menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Tidak sanggup pelihara kerana 'buzy' dan banyak kerja. Mereka lupa yang ibu bapa tua mereka itulah yang sanggup berhempas pulas memelihara mereka untuk lihat mereka besar dan berjaya. Adui, sakit kepala, meluat aku dengar kisah-kisah macam ni.

Harapan ku, moga setiap para pejuang Agama Allah, dalam kita berjuang, jangan lupa ibu bapa kita di kampung. Doakan mereka sentiasa. Ambil tahu tentang mereka selagi mereka masih hidup. Jangan abaikan mereka. Sebenarnya aku nak nasihatkan diri aku melalui penulisan aku. Aku teringat Mama aku yang sudah mencecah 17 tahun meninggalkan aku. Aku rindu dia...Aku yakin, sahabat-sahabt juga rindukan ibu bapa sahabat-sahabat di kampung. Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka.. Adik aku, Bainun, dia dah dewasa. Semoga dia menghargai apa sahaja yang di miliki ketika ini. Kerana satu hari nanti, dia, aku dan kita semua tetap akan ditinggalkan oleh perkara yang kita sayangi..

Kehidupan yang sebenar dan kekal hanya di Akhirat.... Perbaiki diri, muhasabah diri, dan dekatkan diri pada Allah.. Dia Tuhan kita....Semoga kita menjadi para da'ie yang benar-benar bertaqwa pada Nya..

P/S: Peringatan untuk diri yang menulis sebenarnya....

"ISLAM 4 ALL"

Thursday, July 17, 2008

Bertaqwalah Wahai yang Mengaku Pejuang Islam

Sumber: http://jihadtegakislam.blogspot.com

Disiplin dan kesungguhan adalah asas kejayaan dalam semua perkara. Tanpa keduanya tiada matlamat yanag akan dapat dicapai. Orang yang profesionnya merompak menyamun sekalipun, merancang dengan penuh teliti dan bersungguh-sungguh sebelum ‘berjaya’ melakukan operasi rompakan mereka. Organisasi mereka cukup tersusun seperti kita lihat dalam filem Penyamun Tarbus yang Ibrahim Pendek menjadi ‘Sarjannya’ dan P Ramlee ‘Jenaralnya’.

Taqwa adalah asas kepada disiplin yang tinggi dalam Islam. Taqwa menatijahkan sifat amanah, wara’ (menjauhi yang haram), niat yang ikhlas dalam melaksanakan tugas dan pelbagai nilai murni yang lain. Islam menjaga dan mengawal manusia dengan taqwa. Sementara secular mengawal manusia dengan ‘polis’. Akhirnya polis yang miskin taqwa serta faqir iman telah menjadi musang berbulu ayam. Harapkan pagar, pagar makan padi. Polis makan rasuah, pecah amanah, bersubahat dengan penjenayah dan pelbagai perkara negatif yang lainnya. Suatu ketika dulu, kita terkejut mendengar cadangan penubuhan Jawatankuasa Penilai/Pemantau Polis dalam negara kita. Semua ini tidak akan selesai melainkan dengan menyubur dan membaja sifat taqwa (buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah tegah) dalam diri setiap manusia mukmin. Nanti kita terpaksa tubuh pula Jawatankuasa yang memantau ‘Jawatankuasa Pemantua Polis’ sebab mereka jua rosak akhlak. Jadikanlah sifat taqwa sebagai sebaik-baik disiplin tugas.

“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, kami akan memberikan kepadamu Furqaan[607]. dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai karunia yang besar.” Surah al Anfal : 29

[607] artinya: petunjuk yang dapat membedakan antara yang haq dan yang batil, dapat juga diartikan disini sebagai pertolongan.


Sabda Rasulullah SAW ;

“Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada, dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan (bertaubat selepas berbuat dosa)”

Kedua-dua nas di atas jelas menunjukkan bahawa TAQWA mampu menjana disiplin yang tinggi dalam apa jua perkara. Lebih-lebih lagi saudara, sifat taqwa ini akan melahirkan rasa malu kepada Allah SWT. Rasa malu pada Allah inilah yang akan mendorong seseorang untuk bekerja dengan amanah dan sebagai menunaikan rasa syukur kepada Allah SWT yang memilihnya untuk berada di atas jalan yang benar dan pekerjaan yang baik lagi halal.

TAQWA : SYARAT KEMENANGAN


Ketahuilah bahawasanya taqwalah yang telah memenangkan pejuang Islam sepanjang zaman. Ketika Allah SWT menangguhkan kemenangan ke atas Pejuang Qadisiyah, Umar al Khattab telah memperingatkan mereka dengan taqwa. Setiap kali keluar ke medan jihad, Rasul SAW telah memperingati para sahabat dengan taqwa. Bahkan setiap Jumaat, wasiat supaya bertaqwa senantiasa berkumandang di atas mimbar saban minggu demi memperingati umat bahawa syarat kemenangan dan keterbilangan adalah dengan taqwa kepada Allah SWT.

Umar pernah mengingatkan tentera muslimin bahawa betapa perlunya memelihara diri dari dosa dengan bertaqwa pada Allah SWT kerana katanya “ Sesungguhnya kita dimenangkan oleh Allah dek kerana dosa yang dilakukan oleh musuh kita”. Jika kita sama seperti musuh dalam melakukan dosa pada Allah, bagaimana boleh kita dimenangkan oleh Allah SWT. Apa yang boleh difahami dari kata hikmah Syeikh Ibn ‘Athoillah ialah, kita akan menang di saat yang dikehendaki oleh Allah bukannya di saat kita mahukan kemenangan.

Jika para pembela agama dan petugas amal Islami di zaman ini mengetahui rahsia besar ini serta mengamalkan sepenuhnya di kalangan mereka, nescaya Allah akan mengangkat hijab kemenangan, lalu kita dimahkotakan dengan kemenangan yang besar seperti yang dijanjikan Allah SWT. Berjaya dalam perjuangan di dunia dan selamat dari neraka di akhirat kelak.

P/S: TAqwa adalah persiapan terpenting buat setiap pejuang agama Allah....

"ISLAM 4 ALL"

Friday, July 11, 2008

Boleh Melabur Dalam FOREX ke? Halal ke?

Kalau kita buat pelaburan melalui foreign exchange boleh ke? Contohnya kita beli matawang asing dan berniat nak jual balik pada masa hadapan dengan harga yang lagi tinggi. Boleh ke? Atau hanya komoditi boleh buat macam tu?
-Ashrul-

Untuk sahabat ana, Ashrul... Dibawah ni ana ada lampirkan satu jawapan yang ana rasa dapat menjawab dengan lebih lengkap tentang pertanyaan enta. Ana ambil jawapan tersebut dari Ustaz Zaharuddin punya blog. Untuk maklumat lanjut, enta boleh ziarah ke blog beliau...

Soalan

Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Forex sumber kewangan keluarga ?

Jawapan

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memahami dua jenis perkara iaitu :-

1- Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui FOREX.

2- Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja.

Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan FOREX :

Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

b- Nabi bersabda :-

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.

FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.

Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya. Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.

Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara FOREX adalah tidak halal di sisi Islam.

Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiri-

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada :-

a- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi keran terdapat unsur gharar.

b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara.

Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. Namun mari kita sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya.

Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :-

1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan lain-lain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading masing-masing.

2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan membukakan satu akaun khas buat peserta.

Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian.

Gambaran mudahnya adalah :-

Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling' melalui platform syarikat tersebut.

Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit iaitu USD 1 = RM 4

Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400. Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding harga belian asalnya tadi.

Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu sebaik sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN DILEWATKAN ATAU DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika dalam contoh di atas, hanya RM 40 dimasukkan, manakala baki modal sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan sejurus peserta menutup akaun pada hari tersebut.

Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah, namun jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi s.a.w :-

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud' samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet tetapi punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan transaski sah) ( Syarah Sohih Muslim)

Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan, kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang tersebut tanpa sebarang halangan.

3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang dinamakan 'leverage' yangmana modal peserta akan digandakan.

Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki. Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi USD 1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000. Dengan jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan di pasaran.

Hukum Leverage :

Takrif Leverage :

The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment.

Leverage can be created through options, futures, margin and other financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500 shares instead of just 10. (Rujukan)

Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :

لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)

Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu dikira sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil sedikit keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta. Jika ini berlaku, sekali lagi riba telah berlaku.

Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini, penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu'alam.

4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading dijalankan.

Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan 'margin call', pihak peserta dibenarkan untuk membuka kaunter satu lagi samada jual atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi.

Pandangan : Wallahu'alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah Shariah dalam tindakan ini, kerana apa yag dilakukan adalah membuka kaunter baru, kalau sebelum ini ia membuka kaunter jual sahaja, maka apabila di posisi jual didapati boleh membawa kerugian, ia dengan segera mebuka kaunter beli, bagi memperolehi keuntungan pula. Semuanya adalah harus jika dilaksanakan menurut syarat di atas tadi, tiada leverage, tiada tangguh, dan wang yang telah diperolehi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Wallahu'alam.

Kesimpulan

Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini boleh dikira halal, namun ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam, pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya. Kita tahu nilai matwang kini tidak lagi bersandarkan emas atau perak, wang kertas hari ini (fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak) kecuali nilainya datang dari pasaran global yang ditentukan oleh 'demand and supply' di pasaran dunia.

Justeru, menjadikan cara ini bagi memberikan anak dan isteri makan bukanlah satu bentuk kerjaya yang terpuji di dalam Islam. Malah ia sebenarnya membantu sistem kapitalis dan menguatkan sistem ekonomi yang mereka anjurkan. Justeru, fikirkanlah....

Jika anda tidak ingin menerima padnagan saya, tidak mengapa tetapi bacalah pendapat ulama besar kewangan Islam sedunia iaitu Syeikh Mufti Taqi Uthmani dalam hal ini:


Forex Currency Trading

By Mufti Muhammad Taqi Usmani
Posted: 11 Zul Qa'Dah 1424, 22 November 2007


Q.) Is Forex Currency Trading halal? I have attached a document detailing the aspects of the business.


A.) I went throught the papers sent by you. I am of the opinion that these transactions are not compliant with Shariah. The very condition that you cannot take delivery of the purchased currency makes it impermissible. Morever, there are other elements according to my knowledge that makes this trade unlawful in Shariah, such as, forward sales, short sales etc. This is in addition to the fact that the currencies are originally a medium of exchange and should only be exchanged for personal use in different countries. To make them a tradable commodity only for earning a profit is also against the basic philosophy of Islamic economics. I would therefore not advise you to indulge in this trade.

Sila Buka Sumber : Forex Trading


Sumber: www.zaharuddin.net


P/s: Semoga dapat menjawab soalan enta dan sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan kepastian tentang FOREX.


Ubat Bagi hati Yang Gundah-gulana

Salam mujahid,

Hidung selsema, letak VICKS. Badan demam, makan ubat demam (contoh: EUROFEN). Batuk, makan ubat batuk Cap Ibu dan Anak. Tapi kalau hati sakit, nak bagi makan apa? Bila jiwa sakit, apa ubatnya?

Bila jasad sakit, kita jadi risau, kita jadi menggelabah, tapi bila hati sakit, agak-agaknya kita risau tak? Hanya hati kita yang dapat jawab... al-Quran di jadikan Allah sebagai petunjuk dalam kehidupan. Ia juga sebagai penawar mengubat rindu dihati untuk berjumpa dengan Allah. ia juga boleh bertindak sebagai pengubat sakit hati...pengubat sakit jiwa. Sebaik-baik ibadah ialah membaca al-Quran.

al-Quran ialah formula agung yang berjaya diaplikasikan oleh umat terdahulu. Mereka berjaya membina empayar Islam yang sangat luas. Segala kesakitan umat, berjaya dibendung dengan pengamalan isi kandungan al-Quran yang penuh keadilan dan ia sebagai erti tanda kasih Pencipta kepada yang diciptakanNya.

Jadikanlah al-Quran sebagai teman karib ketika kesunyian atau ketika keramaian. Ketika marah atau ketika tenang. Ketika tunggu bas atau ketika tunggu LRT. Atau di amna-mana sahaja, jadikan membaca Al-Quran sebagai budaya kiya dan yang lebih penting, contohi Rasulullah saw..sebagai AL-QURAN YANG BERJALAN...

Selamat menemui ubat penyakit hati....

"ISLAM 4 ALL"

Wednesday, July 9, 2008

Pesanan Buat Adik-Adik

Salam MUJAHID,

Bila bertemu dengan adik-adik DIM yang baru masuk ke kampus, secara spontan fikiranku dapat membuat kesimpulan awal bahawa mereka ada kemungkinan besar menjadi para pendakwah Islam di kampus ini.

Buat adik-adikku,

Zali, Abdur Rahman, Arden, Herry Anto, Aboo, dan Firdaus...dekatkan diri pada Allah kerana di sana ada kekuatan untuk kita memperbaiki diri kita demi meraih redha Allah. Kalau ada masalah, jangan malu-malu untuk bertanya. Kita sama-sama belajar dan berusaha untuk perbaiki diri. Mungkin hari ini adalah hari pertama kalian masuk kuliah, jadi belajar sungguh-sungguh untuk Islam. Semoga sukses dalam pelajaran dan dalam usaha mencari identiti diri sebagai hamba Allah di muka bumi Allah ini selama kalian dan kita semua berada di UMS Labuan ini.

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah masuk ke tahun keempat saya berada di UMS. Awal-awal keberadaan saya di UMS, tidak berapa jelas tujuan dan matlamat hidup. Tapi setelah hampir 4 tahun, barulah saya dapat rasa betapa beratnya tanggungjawab sebagai hamba Allah. Tanggungjawab sebagai khalifah tidak boleh diambil sambil lewa. Persediaan yang rapi dari segi intelek, emosi dan spiritual amat penting.

Jadi, adik-adikku.... Gunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman selama abang-abang dan kakak-kakak masih ada di kampus. Dan saya yakin, abang-abang dan kakak-kakak tidak 'lokek' ilmu untuk dikongsikan dengan adik-adik. Pengalaman orang boleh dijadikan panduan untuk berhadapan dengan situasi yang mungkin sama pada masa akan datang. Jadilah kalian sebagai insan yang benr-benar menghargai peluang didepan mata untuk melakukan perubahan yang lebih besar pada masa hadapan. Jangan jadi seperti binatang yang pada mereka tidak berlaku peningkatan atau pembaharuan seperti mana yang berlaku pada manusia akibat kepintaran akal kurniaan Allah untuk manusia mengkaji dan membawa perubahan dari masa ke semasa. Syaratnya, perubahan tersebut membawa manusia mendapat redha Allah.

"ISLAM 4 ALL"

Thursday, July 3, 2008

Empayar Ekonomi Islam: Impian Menjadi Realiti

Salam Mujahid,

Subhanallah..lama sungguh tidak mengadap komputer, lebih-lebih lagi untuk melakukan nukilan di blog yang sudah 'berhabuk' ni... Hampir 2minggu lebih ini, masa saya dihabiskan di negeri Johor untuk menimba ilmu dan pengalaman hidup. Setiap hari, ada sahaja hendak dinukilkan, tapi hajat tak kesampaian. Kesibukan menghalang hajat hendak ke CC.

HIDUP MESTI BERIMPIAN

Satu perkara yang saya belajar selama hampir 2minggu berada di bumi UMNO (tak lama dah tu) ialah berkaitan dengan cara berfikir.

"Apa beza antara engkau dan dia?", Soal abg Azhar.

"hm, macam-macam la berbeza", nak je saya ungkapkan sedemikian rupa, tapi mulut terkunci dengan niat untuk belajar. nAK DENGAR SENDIRI, APA MAKSUD DIA.

"Bezanya ialah cara korang berfikir...", Jawapan yang ringkas, tapi penuh makna.

Betul juga, orang lain bekerja mungkin untuk kumpul harta, untuk tunjuk pada orang yang dia kaya, untuk kepuasan diri, untuk buktikan pada orang kampung bahawa dia mampu jadi orang kaya, untuk perbaiki taraf hidup daripada kemiskinan kepada yang mampu memiliki sesuatu dan juga ada juga yang ingin jadikan kerjaya sebagai wasilah perjuangan Islam....

Hari pertama saya sampai Johor, orang tertinggi di syarikat Pru-BSN Takaful datang untuk memberi 'talk'. Dia membuka bicara tentang impian, tentang 'dream'. Tiba-tiba En. Mas tanya saya..

"Apa impian anda?"

Terkejut saya dibuatnya. mentang-mentanglah saya duduk paling hadapan dikalangan hampir 15 orang yang hadir pada malam itu.

"Hm, saya bercita-cita untuk membantu umat islam melalui wasilah ekonomi". Secara spontan apa yanga ada dihati, saya lafazkan.

"Untuk diri 'you'?", En Mas tanya lagi.

Adui,untuk diri? Hm, tak tau la pulak....yang saya tahu, saya ingin bantu umat islam bila saya mampu nanti. Lebih kurang begitu jawapan saya pada dia.

Dia tetap mengasak saya dengan soalan tersebut. Saya jadi Blur...apa yang dia hendak sebenarnya? Lepas tu, mungkin dia tidak berpuas hati dengan jawapan saya, dia cakap, "Malam ni tak perlu tidur untuk 'set up' impian..", fuh, pedihnya kena bantai...

Rupa-rupanya, baru saya faham bahawa yang dia maksudkan untuk 'set up' matlamat ialah 'keperluan memiliki sesuatu untuk memberi sesuatu'..Maknanya, jika KITA ingin membantu ummah, maka diri perlu berubah dari sekarang. Ekonomi ummah perlu dijana. Tidak cukup hanya makan gaji(bukan bermakna tidak elok, ini sekadar motivasi untuk kita menjadi ummat Islam yang proaktif dan sentiasa ingin majukan diri), kita perlu bekerja sendiri untuk jana seberapa banyak pendapatan untuk disumbangkan pada ummah. Ummah perlu bangkit untuk membina empayar ekonomi tersendiri.

Saya sebenarnya ingin berkongsi tentang konsep kekayaan yang perlu dipandang dalam kaca mata dakwah islamiyyah. Bila bercakap tentang kekayaan, saya tertanya-tanya ke mana perginya jutawan-jutawan islam yang ada di malaysia? Berapa ramai dikalangan mereka yang bergelar jutawan itu menginfakkan sebahagian harta mereka untuk pembangunan ummah?

Ya, saya mengaku, memang wujud sebahagian daripada jutawan Islam yang menginfakkan harta mereka untuk pembangunan Ummah. Tapi saya tertanya-tanya, kenapa masih wujud kemiskinan di tengah-tengah bandar (apatah lagi bahagian pedalaman)? Kenapa ummah masih lemah dibidang ekonomi, padahal sekarang semakin banyak masyarakat Islam yang sedar tentang kepentingan menyumbang kepada ummh ini adalah suatu kewajipan lalu mereka merekrut anak-anak muda Islam untuk membangunkan ekonomi sendiri tanpa bergantung harap dengan kerajaan..

Realiti hari ini, saya melihat bahawa golongan jutawan di Malaysia tidak bersatu untuk membangunkan taraf ekonomi umat Islam, tidak bersatu untuk mewujudkan rangkaian ekonomi umat Islam. Tiada satu badan yang khusus untuk mengumpul dana dan membina empayar ekonomi umat Islam di Malaysia. Masing-masing ada tabung dan yayasan tersendiri. Masing-masing dengan cara tersendiri tanpa wujud kesatupaduan untuk membina empayar ekonomi umat Islam. Saya rasa kagum dengan rangkaian ekonomi yang dibangunkan oleh syarikat 'Global Ikhwan' yang dulunya dikenali dengan Rufaqa'. Tentang masalah aqidah, semua sudah sedia maklum, tapi yang menjadi kekaguman saya apabila kemampuan mereka mewujudkan satu rangkaian ekonomi Islam yang pelbagai. Dari kedai dobi hinggalah kepada penghasilan roti sendiri. Ini merupakan satu pencapaian yang perlu dicontohi oleh pencinta Islam untuk melihat sistem ekonomi Islam kembali utuh seperti di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Walau bagaimanapun, ia masih tidak cukup. Mereka memerlukan kesepaduan dengan NGO-NGO Islam yang lain dan yang lebih penting sekali ialah 'political will' yang perlu dimiliki oleh umat Islam.

Alhamdulillah, di Kelantan (yang mempunyai 'political will') kita sudah dapat lihat pengaplikasian Dinar Emas dan sekarang telah melebarkan sayapnya di Lembah Kelang iaitu di Jalan Raja Laut. Jadi sama-sama kita meraikan sistem ekonomi Islam yang menjamin keadilan buat semua pihak. Selain itu, terdapat juga ahli-ahli perniagaan Islam yang berjaya yang memiliki pasaraya halal seperti Pasaraya Fitrah, kedai Salun khas buat Muslimah, kedai alat tulis dan macam-macam lagi keperluan umat Islam yang kini sedang rancak membangun di seluruh Malaysia. Tetapi, pada saya masih terdapat kekurangan di dalam kepesatan membangunnya perniagaan yang mengaplikasikan sistem Islam di dalam perniagaan yang diusahakan.

CADANGAN

Saya merasakan adalah perlu wujudnya satu badan khas yang bertindak untuk mengumpulkan jutawan-jutawan atau ahli-ahli perniagaan Islam yang mempunyai keinginan untuk menginfakkan harta mereka kejalan Allah. Satu perancangan strategik perlu dibuat agar dana-dana yang diberikan oleh jutawan-jutawan dan ahli-ahli perniagaan Islam itu dapat disalurkan untuk pembinaan sebuah empayar ekonomi umat islam yang besar. Daripada sekecil-kecil kedai runcit, kedai dobi, alat tulis, kedai gunting rambut, hinggalah kepada pembinaan hospital-hospital pakar yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam atau bukan Islam. Juga pembinaan kompleks-kompleks sukan yang dapat menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Juga kepada penghasilan produk-produk halal hasil daripada kesepaduan ilmu dan kepakaran ilmuan Islam dalam setiap bidang kehidupan. Idea ini mungkin masih agak kabur, tapi saya merasakan adalah perlu pada ketika ini untuk membangunkan sistem ekonomi Islam yang lebih bersepadu, komprehensif dan penuh inovatif serta memenuhi tuntutan syarak. Ini merupakan JIHAD EKONOMI yang selama ini kita gembar-gemburkan. Tidak cukup hanya individu-individu tertentu yang mempunyai keinginan dan mampu melakukan sesuatu kepada umat islam jika ia dilakukan tanpa secara berjemaah. Mungkin sudah secara berjemaah, tapi yang saya maksudkan di sini ialah secara berjemaah dalam konteks ia mampu membawa kebaikan kepada seluruh ummah.

JIKA RASA RETORIK, REALITIKAN IA

Nampak seolah-olah ia senang dibebelkan, tapi bukan mudah untuk dilaksanakan. Jadi, dari sekarang perlu diwujudkan inisiatif untuk ke arah perkara tersebut. Mungkin juga apa yang saya cadangkan ini sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.. Jika benar, maka teruskan dan saya sudi menjadi pembantu kalian.

Selama 2 Minggu saya di Johor, alhamdulillah, banyak yang saya pelajari..Insyaallah, dari masa ke semasa saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat...Lusa saya akan pulang ke Labuan...akan bermula episod kehidupan yang lebih mencabar...Mohon sokongan sahbat-sahanat diluar sana mendoakan kejayaan saya dan sahbat-sahabat yang lain dalam usaha membangunkan diri untuk islam tercinta..

P/S: Cita-cita ku ingin membina empayar perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada umaat Islam....As-Silmi Corporation...impian ku kini dan selamanya....

TAKBEER!!!

"ISlam 4 all"