Thursday, April 3, 2008

Pentingnya Merancang Kewangan Peribadi

By: Aliff Basri

Islam adalah agama yang bersifat menyeluruh. Tiada satu aspek kehidupan pun yang diabaikan dalam Islam. Dari cara membuang air besar sehinggalah cara mentadbir sesebuah negara. Semuanya telah diaturkan dasar-dasarnya untuk diikuti dan di amalkan oleh manusia. Ditambah lagi dengan as-Sunnah sebagai pelengkap untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang dasar-dasar daripada al-Quran.

Wang pula adalah alat perantaraan untuk memperolehi sesuatu barang. Sejarah kewujudan mata wang bermula dengan penggunaan sistem barter yang melibatkan penukaran barang berdasarkan suka sama suka di dalam sektor perdagangan ketika itu. Kemudian, masa terus berlalu dan zaman berubah. Kepesatan perdaganagan membuatkan sistem penukaran barang semakin menjadi kompleks dan semakin sukar dinilai. Sebagai alternatifnya, manusia mula bertukar kepada sistem matawang.

Kini, sesiapa yang mempunyai wang yang banyak, dianggap individu yang kaya. Sesiapa yang memiliki simpanan deposit melebihi RM1 juta, mereka dianggap sebagai jutawan. Tinggal lagi, sama ada mereka dikenali atau tidak (jutawan senyap). Dengan wang juga, seseorang individu mampu membeli apa sahaja barang yang dihajati. Dengan syarat, ada wang...

Firman Allah, mafhumnya:
"Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya." (al-Maidah: 19)

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjwab kita sebagai manusia(lebih-lebih lagi sebagai muslim) untuk menggunakan harta yang dimiliki sama ada dalam bentuk aset atau wang tunai ke jalan yang diredhaiNya. Dalam ilmu ekonomi ada diterangkan kepentingan ilmu ekonomi iaitu untuk mengurus penggunaan sumber yang terhad ke arah perkara-perkara yang dapat memberikan lebih manfaat kepada manusia dan ini memerlukan 'kos lepas'(pilihan yang kedua terpenting yang terpaksa dilepaskan untuk memilih suatu yang lebih penting daripadanya)...ini takrifan bebas dari saya berdasarkan kefahaman saya terhadapnya(kalau salah betulkan ye..). Begitu juga dengan wang. Ia adalah terhad untuk dimiliki oleh seseorang individu. Tidak kisah sama ada dia seorang yang kaya atau miskin, ia tetap dianggap terhad. Ini kerana keinginan manusia adalah tidak terhad, jadi untuk menjadikan ia 'terhad'adalah dengan melakukan perbelanjaan atas dasar taqwa pada Allah. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk memastikan bahawa setiap penggunaan wang adalah memberi manfaat yang lebih kepada diri individu iti sendiri. Sama ada pada masa kini(present) atau masa akan datang(future).

Wang yang dimiliki harus dikembangkan menurut syarak agar menjadi lebih pada masa depan. "Finance is about how to create more money"..Ini pelajaran pertama saya waktu di kelas Basic Finance yang diajar oleh pensyarah yang disayangi(Pn. Masmurniwati). Untuk apa buat duit banyak-banyak? Jawapannya adalah sebagai keperluan masa hadapan seperti menghadapi persediaan mendirikan rumah tangga, beli kereta, rumah perancangan pendidikan anak-anak(jadi pejuang disabilillah), zakat, infaq fisabilillah dan pelbagai lagi tujuan asasi sebagai khalifah di muka bumi Allah. Itu persoalan pertama.

Persoalan kedua...Ah, itu semua dunia, kita tak boleh tergila-gilakan dunia dengan mencari harta kekayaan!! sabar adik..sabar bang..sabar kak...bertenang...jangan mudah melatah...fahami betul-betul...Apa yang disebutkan tadi, bukan matlamat sebenar...bukan matlamat hidup. Bahkan, ia sebenarnya hanya alat. Alat untuk apa? Untuk dakwahla....Sebab itulah Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan, tapi bukan untuk pribadi semata-mata. Bahkan adalah untuk ummah...

Firman Allah swt, mafhumnya:
"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (al-Qasas: 77)

Dalam ayat ini, Allah memberikan kepada kita beberapa nasihat penting untuk kita hayati dan amalkannya. Antaranya ialah agar kita bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan akhirat yang kekal abadi(no compromise). Selain itu, Allah peringatkan agar kita tidak lupa kepada bahagian untuk kita hidup di dunia Nya ini. Dan dengan kurnia dari Allah berupa harta, adalah menjadi tugas kta untuk berkongsi harta yang dimiliki dengan orang lain. Ia mungkin boleh dilakukan dengan melibatkan diri dengan takaful yang mengamalkan konsep tabarru'(derma) atau pelaburan seperti musyarakah(profit-loss sharing) dan mudharabah(profit sharing) dan pelbagai lagi cara untuk mengagih-agihkan kekayaan kepada seluruh umat tanpa membiarkan hidup kita sendiri susah. Seterusnya, Allah peringatkan lagi agar kita tidak membuat kerosakan di buminya. Kerosakan yang bagaimana? Contohnya pencemaran alam sekitar akibat kerakusan manusia tergila-gilakan projek besar(sebab ada duit, boleh buat apa sahaja). Juga pencemaran sosial akibat jati diri rakyat(khususnya remaja) yang lemah ditambah lagi dengan aktiviti hiburan yang melampau(hedonisme). Dan banyak lagi kerosakan-kerosakan lain(termasuk pengamalan riba, rasuah dan sebagainya). Semuanya ini berpunca dari penyalahgunaan kekayaan yang Allah berikan kepada manusia. Pihak yang terbabit hanya mementingkan wang dan harta dunia tanpa menghiraukan kesan negatif kepada masyarakat. Kita tidak mahu perkara ini terjadi pada diri kita sebagai umat Islam. Ayat ini juga menunjukkan betapa besarnya matlamat hidup seseorang individu muslim. Tidak hanya terhad di dunia.

Jadi, bermula hari ini, kita sebagai mahasiswa Islam mesti ada perancangan kewangan untuk menghadapi hari muka. Sebagai mahasiswa Islam, inilah waktu yang sesuai untuk kita merancang dengan lebih serius tentang ke mana wang lebihan daripada sebarang biasiswa dan pinjaman yang kita dapat untuk kita salurkan.

Semoga kita dapat merancang kewangan peribadi dengan lebih baik.

"ISLAM 4 ALL"

Wednesday, April 2, 2008

BOIKOT PRODUK BELANDA!!

Salam Mujahid,
berikut adalah di antara produk-produk keluaran negara Belanda/Holland/Dutch:

BOIKOT PRODUK DARI BELANDA/DUTCH


Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci

Sumber :
http://mygamis.blogspot.com/

P/S:
Pada asalnya, hukum berniaga dengan non-muslim adalah harus. Ini kerana Rasulullah saw juga pernah menjalankan perniagaan dengan kaum Yahudi. Walau bagaimanapun, apabila Islam mula(dah lama dah pun) diperlekehkan oleh sesetengah pihak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Di pasaran, banyak terdapat barang gantian kepada produk-produk di atas dan saya yakin tiada masalah sekiranya kita mengambil inisiatif untuk membantu melariskan barangan buatan Malaysia(lebih-lebih lagi jika buatan uamat Islam sendiri). Ini sebagai salah satu jihad yang memerlukan penglibatan semua umat Islam. Hendak angkat senjata, tidak sesuai dengan waqi' semasa. Jadi, semoga ini menjadi salah satu jihad dalam usaha untuk menjaga kesucian agama Allah.

Sekadar pendapat untuk renungan bersama....

"ISLAM 4 ALL"

"HATI TENANG TANPA RIBA"

Pelaburan ASN dan ASB Hukumnya Harus-Jawatankuasa Fatwa

Sumber: http://pelaburanislam.com/


KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

“Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber : Utusan Malaysia

Ulasan Ustaz Zaharuddin

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato’ Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah “MASLAHAT”. Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar ‘Maslahat’ atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan ‘fiat money’ yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan “mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?”. Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan “Iqra’

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan ‘modification’ yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi ‘harus’ atau ‘halal’ hanya bergantung kepada hujjah ‘MASLAHAT’ yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba’, 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

Ertinya : “Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan” ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Sumber : Zaharuddin.net

Monday, March 31, 2008

PAS bantah keras filem anti islam di belanda - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann

Sumber: www.harakahdaily.net

P/S: Ini realiti yang berlaku ke atas umat Islam sekarang. Semoga kita memainkan peranan untuk membangunkan ummah mengikut kepakaran masing-masing. Fahami Islam dengan sebenar-benarnya dan berusaha untuk mendidik nafsu agar kita dapat meneruskan cita-cita dan perjuangan. PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam akan sentiasa peka dengan nasib umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia serta nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama kerana keadilan dan kebenaran adalah di antara yang diperjuangkan PAS (Parti Islam se-Malaysia)

Tuesday, March 18, 2008

Masjid sebagai Pusat Penyebaran Ilmu tanpa takut

IPOH, 18 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, dalam ucapan sulungnya ketika menyampaikan tazkirah di Masjid Negeri mahu masjid di seluruh negeri ini menjadi tempat pengembangan ilmu dengan lebih berkesan tanpa rasa bimbang dan takut dengan sebarang ugutan.

Menurut beliau, selama ini masjid dibelenggu dengan perasaan bimbang untuk menyampaikan ilmu Islam secara terus terang, ini menyebabkan masyarakat Islam tidak mendapat maklumat yang sebenarnya.

Selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah pada malamnya Ir Mohammad Nizar menunaikan solat maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Negeri Perak.

“Para pendakwah di seluruh negeri perlu meningkatkan usaha menyebarkan ilmu Islam tanpa rasa bimbang dan takut, yang penting mereka perlu menyampaikan ilmu Islam kepada seluruh masyarakat Islam agar rakyat khususnya umat Islam memahami ajaran Islam yang sebenar,” ujar beliau.

Beliau berharap para pendakwah dan jawatankuasa masjid menerima kemenangan Barisan Rakyat dengan mempertingkatkan lagi penyebaran ilmu menerusi masjid dan surau.

Menurut beliau, gejala murtad, keruntuhan moral generasi belia hari ini antara lain disebabkan ruang untuk menyebarkan ilmu mendapat sekatan untuk disampaikan di masjid.

Oleh itu kemenangan Barisan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah untuk membebaskan masjid daripada kongkongan pihak tertentu agar usaha menyebarkan ilmu Islam dapat dijalankan dengan lancar dan baik.

Hadir sama di majlis itu Imam Besar Masjid Negeri, Dato’ Sheikh Mohamad Nor Mansur Al-Hafiz dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Dato’ Jumri Suri. - mns

Ulasan: Berdasarkan jaminan daripada MB Perak ini, saya yakin ilmu Islam akan dapat difahami dan dihadam oleh umat Islam di Perak. Yang lebih penting sekarang ialah supaya medium-medium tarbiyah yang wujud dan pelbagai dapat dimaksimakan penggunaannya sebagai medan untuk membentuk Modal Insan menurut acuan Allah…Insyaallah…

Tahniah buat MB Perak yang baru

Salam Mujahid,

Tahniah di ucapkan kepada YB Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, di atas pelantikan selaku Menteri Besar Perak yang ke-10 s. Selaku anak Perak yang sedang di perantauan, saya bersyukur kerana Yang Berhormat terpilih sebagai Menteri Besar Perak di samping rakan-rakan seperjuangan dari BA yang lain.

Harapan saya agar barisan kepimpinan yang baru ini bakal membawa perubahan kepada negeri dan rakyat Perak khususnya dan akan menjadi role-model kepada negeri-negeri lain dalam usaha untuk mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama seperti mana yang di gariskan al-Quran dan Sunnah dalam usaha mendapat keredhaan Allah. Keadilan dan kesaksamaan itu bukan hanya pada yang muslim, malah ia meliputi semua kaum tanpa mengira agama, bangsa dan juga ideologi politik.

SELAMAT BERKHIDMAT….

Wednesday, March 5, 2008

Perkembangan kefahaman siyasah-ku...

Salam Mujahid,

Bahang pilihanraya umum kian terasa...saya teringat nostalgia saya bersama sahabat-sahabat sewaktu masih di sekolah menengah. Pada asalnya, kehidupan saya tidak didedahkan dengan hal-hal politik tanah air. Saya banyak terdedah dengan ilmu-ilmu siyasah ini semasa saya berada di sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Pangkalan TLDM, Lumut, Perak. Di sanalah saya mula kenal secara dekat, apa itu politik, apa itu PAS, UMNO, BN dan sebagainya.

Bila teringat kenangan semasa tingkatan 2, kelakar sangat. Apa tak nya, ketika itu saya bersahabat dengan dua golongan sahabat iaitu yang PRO-BN dan yang PRO-PAS. Yang pro-BN adalah si Hafierul dan Mazriff( di UTP sekarang) manakala yang pro-PAS ialah sahabatku Fauzi...saya ni nak kata PAS, tidak juga...nak kata BN, tidak juga...sebabnya, saya masih kurang pendedahan tentang politik dan hal-hal kepartian...yang lawaknya, setiap kali cikgu tiada di kelas atau di antara waktu pertukaran subjek, si Hafierul dan Mazriff akan mengadap saya dan Fauzi yang berada di belakang mereka. Dan bermulalah perdebatan tentang politik tanah air yang tercinta..hehe..si Hafierul dan Mazriff akan mempertahankan hujah mereka tentang kemajuan yang BN bawa manakala si Fauzi akan bidas BN dan memberitahu mereka tentang pendirian PAS terhadap politik BN yang tidak islamik....setiap kali Fauzi berhujah, dia akan keluarkan dalil naqli yang berkaitan dengan perjuangan PAS dan kebobrokan yang berlaku dalam BN....waktu tu, Hafierul dan Mazriff akan terkedu seketika...kemudian, H & M (singkatan untuk Hafierul dan Mazriff..panjang sangat nak tulis..jadi disingkatkan) pula 'melancarkan peluru' kepada Fauzi tentang isu pembangunan yang telah BN sumbangkan berbanding PAS....Macam-macam isu yang dibangkitkan...Kedua-dua pihak tidak pernah mahu mengalah..masing-masing nak berhujah..ntah betul ntah tidak...saya pula macam mana?heheh....peranan saya, setiap kali hujah Fauzi menang, saya akan sokong Fauzi...dan setiap kali kalau hujah H & M menang, saya akan sokong mereka pula...hehe...itulah akibat dari tak faham politik dan dasar perjuangan..langsung tak de pendirian yang tetap..takpe-takpe...tengah belajar waktu tu... Situasi ini berlaku hampir setiap hari di kelas...rasanya jika rakan-rakan sekelas yang ada sekarang tentu masih ingat betapa bisingnya kelas waktu kami berdebat...

Semasa di sekolah itu juga, saya sebenarnya mula terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti gerakan Islam, tanpa disedari(agaknya la...)...saya, Fauzi, Fazlin(pegawai TLDM sekarang..di Labuan), Tobey(dengar kata sebagai pembantu jurutera..tahniah, tobey..) dan Shefrie(di UPN..dulunya ATMA) ada menubuhkan satu kumpulan yang kami beri nama MUJAHIDDIN...penasihat kami adalah seorang ustaz dari TLDM...Ust Fauzi juga namanya...di sekolah pula, kami jadikan pengetua sekolah iaitu Tn. Hj. Yahya sebagai penasihat ke-2....maknanya, setiap kali kami hendak mengeluarkan risalah,kami akan merujuk kepada Pengetua sama ada boleh atau tidak...saya masih ingat lagi, risalah kontroversi kami yang kami keluarkan di sekolah, iaitu fatwa dari bekas Mufti Sabah...saya tidak ingat kandungannya..tetapi, 'feed back' yang kami dapat dari penyebaran risalah itu, ada yang menerimanya secara positif dan ada juga yang tidak berapa selesa dengan isi fatwa tersebut...semua orang tertanya-tanya, siapa sebenarnya kumpulan MUJAHIDDIN ini?hehe...surprise.....Lepas itu, kami bertemu dengan ust Fauzi dan berbincang, lalu keputusan di buat untuk tukar nama kumpulan kepada MUFAARIQUN....saya pun tak tahu apa maksudnya...tapi memang sedap nama tu..hehe..ikut je lah...yang penting ada 'geng'....hehe...yang saya ingat waktu tu nama ditukar sebab kes Mujahidin yang kononnya pengganas...jadi ditukaer nama demi maslahah dakwah di sekolah waktu tu...

Semasa tingkatan 4, saya berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Persiaran brash di Ipoh...saya mengambil jurusan Pengajian Keusahawanan...di sini, sahabat-sahabat saya ketika di sekolah TLDM tidak turut sama dengan saya berpindah ke SMTI(singkatan untuk sekolah teknik)...ada antara mereka berpindah di sekolah teknik manjung dan ada juga masih kekal di sekolah TLDM....pada ketika ini, saya masih terpengaruh dengan cara sahabat saya, akhi Fauzi...Dia aktif dalam gerak kerja Tabligh dan pada masa yang sama penyokong PAS.jadi, pembawakan saya adalah ikut style Tabligh.. sewaktu saya di SMTI, saya ingin mewujudkan suasana waktu di sekolah TLDM, tapi memang agak susah....di SMTI lah saya mula belajar bergaul dengan orang yang nakal, degil, kelakar, pandai dan bermacam-macam pe'el lagi...di sana, apa yang saya dapat pelajari ialah kena pandai bawa diri walau di mana kita berada....jangan sombong diri..sentiasa hormat yang lebih tua dan macam-macam lagi...Ketika di SMTI, saya di taklifkan menjadi pengerusi surau, pengerusi Persatuan Agama Islam dan Ketua Tingkatan atau Ketua Kelas...Tapi sayang, bila difikir kembali, saya gagal untuk jadikan jawatan saya ini sebagai wadah untuk betul-betul membantu masyarakat asrama dan sekolah untuk benar-benar menghayati Islam sepenuhnya...walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana dapat pelajari erti hidup bertanggungjawab melaui taklifan-taklifan yang diberikan kepada saya..Satu peristiwa yang tidak boleh saya lupa adalah tragedi di malam 31 Ogos 2003...Waktu itu para pelajar dibenarkan pakai baju untuk temuduga..maknanya pakai baju bebas yang sopan lah....tidak perlu pakai baju batik atau formal ke sekolah. Jadi saya dan seorang sahabat saya, Hazwan kalau tak salah saya namanya...kami berdua pakai baju putih, seluar hitam dan pakai kopiah putih...kami je yang pakai macam itu...bila di dewan, dah nak detik 12 tengah malam, tiba-tiba kami dapat arahan Penolong kanan Hal ehwal Murid suruh kami tanggalkan kopiah putih kami...kami pelik lah, apa salahnya...kami pun buat tak tahu...kemudian, cikgu Ghazali pula, seorang tenaga pengajar SMTI ajak kami keluar sebentar, lalu berbincang secara lembut dengan kami tentang tujuannya...dia kata, pengetua sekolah kami tak benarkan pelajar pakai kopiah putih...kami geram la..kami tanya balik kenapa?apa salahnya?lepas tu cikgu Ghazali katalah, pengetua tak berapa suka....hm..agaknya pemikiran stereotaip dia yang membuatkan dia tak suka kami pakai kopiah putih...dia ingat kami PAS kot!hehe.....hebat betul kami...padahal..perjuangan PAS pun kami tak jelas..yang kami tau, kami rasa selesa amal sunnah nabi dengan memakai kopiah untuk tutup kepala...kami pun berkeras untuk pakai kopiah..dalam hati saya, apalah sangat kami yang pakai kopiah ni jika nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan muslim yang pakai baju sendat kat dalam dewan tu....rasanya itu lebih aula untuk ditegur..bukan tegur kami yang nak belajar-belajar amal sunnah ni...tak de galakan pun....lepas tu, tindakan kami ialah tinggal di luar dewan hingga habis majlis....masa itu saya dapat rasa nikmat mempertahankan perkara yang hak...nampak remeh, tapi pada saya ketika itu, adalah kepuasan untuk pertahankan hak remaja muslim amalkan sunnah...begitu juga untuk solat di surau sekolah....kami tidak dibenarkan pakai kopiah...tapi tak tau la...saya tak boleh terima pendapat tu...lalu secara 'tapuk'(dialek orang sabah..bererti 'sembunyi'), saya pakai kopiah putih..masa tu pelajar lain nampak pelik bila saya pakai begitu..dan tak nafikan terasa asing bila pakai begitu...dan ada kala saya pakai serban....memang ketua warden asrama tak bagi saya pakai begitu...tapi saya tetap nak pakai dan saya sendiri jumpa dia waktu pejabat dan mohon kebenaran untuk pakai kopiah hanya waktu solat..dan dia benarkan....TAKBIR!ALHAMDULILLAH...akhirnya dapat kebenaran untuk pelajar pakai kopiah waktu solat di surau....bermula dari situ, pelajar smti da mula berani untuk pakai kopiah putih waktu di surau sekolah...tapi sekarang tak tau la macam mana...

Sewaktu di matrik pula....saya belajar di Kolej Matrikulasi Perlis....dalam jurusan Perakaunan... di sana, saya terlibat dengan Pusat Islam...sebagai ahli.....tapi ntah bagaimana, pengerusi Pusat Islam iaitu akhi ahmad tamizi(sekarang di maktab perguruan) yang merupakan 'roomate' saya, ajak saya datang meeting ajk tertinggi Pusat Islam..rupanya dia dan ajk lain nak lantik saya jadi salah seorang ajk iaitu sebagai exco Kebajikan Pusat Islam...tak tau lah, kenapa dia pilih saya...pelik-pelik...sedangkan ramai lagi sahabat-sahabat yang lebih hebat dan lebih berilmu, ada yang sekolah agama lagi..saya ni sekadar dari sekolah biasa je.masa tu rasa rendah diri sangat...tapi just ikut rentak mereka..belajar sikit-sikit...buat opertama kali juga, saya belajar istilah 'Dakwah no 1 tapi akademik bukan no 2'..selama di Pusat Islam inilah, kesedaran politik saya semakin meningkat..pada ketika inilah saya merasakan memang wujud kekangan untuk amalkan Islam dalam negara sendiri....memang pelik...wujud juga ketika itu perbezaan pendapat di kalangan ajk Pusat Islam dengan Jabatan Perwakilan Pelajar (macam MPP la)..tapi, alhamdulillah, exco Kerohanian dalam JPP dapat bekerjasama dengan baik dengan ajk Pusat Islam...Selama di KMP ini juga, saya mula di dedahkan dengan kepentingan hidup secara berjemaah secara tak langsung dari seorang sahabat saya, akhi Mohd Anis Jais(sekarang di USIM)..dulunya dia seorang pelajar KISAS....dia banyak menceritakan pengalaman dia hadiri Bengkel kepimpinan bercorakkan Islam dan sebagainya....sampai satu hari tu, hati saya rasa sebak sangat...saya rindu untuk jadi sebahagian dari golongan yang bercita-cita untuk tegakkan Islam...saya teringat pesanan dia....'kau jangan riso, nanti masuk U nanti, adalah tu..akan jumpa punya'....dengan dialek pahang nya..dia cuba nak pujuk hati saya....

Dan sekarang, perjalanan hidup diteruskan lagi ke alam universiti....saya join BADAR atau Badan Dakwah dan Kerohanian...dari situ, saya berkenalan dengan sahabat-sahabat dari segenap pelusuk tanah air...ada yang dari sabah, kelantan, selangor dan sebagainya...kami bertemu di dalam DIM (Diskusi Ilmiah Mingguan) untuk berdiskusi tentang akademik dan isu semasa umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia....Tahun pertama...lebih kepada teori...memang best la berbincang soal kebajikan umat Islam...nasib umat islam dan sebagainya...Kemudian, bila masuk tahun dua...bermulanya pengaplikasian secara praktikal....waktu itulah, kesabaran mula teruji, menuntut pengorbanan yang tinggi, dan dapat tahu siapa sahabat, siapa kawan dan siapa lawan....alhamdulillah..sehingga kini saya masih berada di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan....pada saya, masih banyak lagi yang saya tidak tahu dan sya perlu belajar...kadang-kadang, hati bertanya, dah sedia ke nak keluar dari kampus dan meneruskan perjuangan di luar kampus?saya masih tidak puas hati dengan diri saya....dalam masa yang singkat ini, saya kena jadikan diri saya benar-benar arif dalam suatu bidang..agar dapat saya sumbangkan sesuatu untuk Islam pada satu hari nanti......

Begitulah serba sedikit perkembangan fikrah siyasah yang terbentuk dalam diri saya.....ia banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya dan apa yang berlaku pada diri saya ialah kurangnya pendedahan politik dalam keluarga saya...walau bagaimanapun, tidak mengapa...Ilmu Allah berada di mana-mana...dan saya mengharapkan jalan yang saya pilih ini adalah juga jalan yang Dia kehendaki hambaNya yang lemah ini pilih...iaitu jalan yang menuju redhaNya....semua ini sekadar perkongsian pengalaman diri.......


'PERKASAKAN DIRI...MARTABATKAN ISLAM'