Salam mujahid,
Agak letih....Tapi tetap gembira, puas hati dan menyeronokkan....
Petang tadi, baru sahaja habis program untuk adik-adik. Program yang sekiranya berjaya dihadam oleh adik-adik, dapat meninggalkan bekas yang kekal dalam diri para peserta. Program yang mengajar erti kehidupan sebagai seorang da'ie. Hampir seminggu saya tidak menjenguk blog. Hampir seminggu saya tidak berapa tahu isu semasa yang berlaku du di dalam dan luar negara. Tapi selepas habis program pada Sabtu lepas, saya terlihat di muka utama Berita Harian tentang penurunan harga minyak sebanyak RM0.15sen. Adakah ini mampu menukar pendirian seorang mahasiswa Islam dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang rakyat untuk mengundi Barisan Nasional? Boleh tanya iaman anda sendiri.
ISU SEMASA DAN PRINSIP ISLAM
Isu kebajikan adalah antara agenda utama bagi sesebuah parti politik. UMNO, PAS, PKR, DAP dan beberapa parti politik yang lain ditubuhkan untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa cara mereka adalah yang terbaik untuk mentadbir negara Malaysia yang kita cintai ini. Ini mengakibatkan sebahagian daripada rakyat Malaysia bertindak mengundi atau memberi sokongan kepada parti yang diyakini oleh mereka mampu untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan hidup mereka di bumi Malaysia ini (tapi akhirat, tidak tentu lagi) dan pada masa yang sama mereka tidak tahu dengan jelas tentang tujuan dan dasar sesuatu parti itu ditubuhkan.
Bagi seseorang mahasiswa yang berakal dan berilmu pengetahuan, mereka merupakan golongan yang mampu berfikir dan membuat keputusan yang rasional demi kebaikan diri dan keluarga mereka. Aspek akhirat adalah salah satu elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Malah aspek akhirat merupakan pelengkap kepada kehidupan seseorang insan. Ini merupakan anatara pertimbangan yang perlu dilakukan oleh mahasiswa agar keputusan yang mereka buat mampu mengoptimumkan kepuasan hidup sebagai insan di muka bumi. Di dalam Islam, politik adalah keperluan dan bukan matlamat. Di dalam Islam, setiap aspek kehidupan perlu didasari dengan ajaran Islam yang bersifat dinamik dan mampu menghasilkan sebuah kehidupan yang penuh ketenangan dan kebahagiaan.
Oleh itu, jangan disebabkan hanya isu semasa, 'pegangan' terhadap sesuatu golongan yang berjuang habis-habisan untuk Islam, kita 'lepaskan'. Teruskan menyumbang demi Islam yang kita cintai. Kekuatan umat Islam perlu bergabung, kepakaran umat islam perlu disatukan agar Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia.
Teruskan perjuangan, mahasiswa Islam......
"ISLAM 4 ALL"
No comments:
Post a Comment