Sunday, December 9, 2007

Pameran Mukjizat al-Quran 2007

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - Dengan tema 'al-Quran: Mukjizat Sepanjang zaman', Perpustakaan Awam Dar Nur Az-Zahrah dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan Pameran Mukjizat al-Quran 2007 bermula 11 hingga 16 Disember akan datang di Balai Islam Lundang.
.
Majlis perasmian program akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Disember jam 3 petang yang akan disiarkan secara langsung di Harakahdaily menerusi siaran kelantan.tv
Pelbagai pengisian program yang menarik telah diatur oleh pihak penganjur untuk pelbagai lapisan umur masyarakat. Antaranya adalah 'Islamic Board Game Quran Challenge', 'Quran Seerah Stories Puzzle', pertandingan bercerita kisah al-Quran, Ujian Hafazan dan pertandingan mewarna kanak-kanak bagi golongan remaja dan kanak-kanak.

Manakala, program lain pula adalah seperti Konsert Islami dan Dikir Barat, Forum: Kamceng dengan al-Quran, Demonstrasi menulis khat dan jawi serta banyak lagi selain pengisian utama program iaitu Pameran Mukjizat al-Quran daripada lima perspektif utama dalam kehidupan.
Satu konvensyen bertajuk Konvensten Kebangsaan Penghayatan al-Quran juga akan dianjurkan pada 15 Disember yang menghimpunkan beberapa ahli akademik untuk membicarakan mengenai topik tersebut. - mns

Assalamualaikum untuk semua pengunjung yang dihormati,

Sedikit maklumat berkenaan satu program yang sangat menarik yang dianjurkan oleh Dar Nur al-Zahra' sempena musim cuti sekolah dan akhir tahun 2007 ini. Insya-Allah kita akan menganjurkan Pameran Mukjizat al-Qur'an seperti mana maklumat di bawah:
Tarikh: 11 - 16 Disember 2007
Tempat: Kompleks Islam (Balai Islam Lundang), Kota Bharu, Kelantan.
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

TERBUKA untuk semua masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Masuk adalah PERCUMA.
TENTATIF PENUH

11/12/07 (Selasa)
10.00 pg: Pameran dibuka kepada orang ramai3.00 ptg: Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak
12/12/07 (Rabu)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa10.00 pg: Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak3.00 ptg: Demonstrasi Menulis Khat & Jawi
13/12/07 (Khamis)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa3.00 ptg: Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Menteri Besar Kelantan 9.00 mlm: Forum 'Kamceng Dengan Al-Qur'an
'Panelis:
1) Ustaz Mohd Nicholas Abdullah (bekas paderi Kristian)
2) Ustaz Saaibon (Pegawai JHEAIK)
3) Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof (Tim. Pengarah HALAQAT)
14/12/07 (Jumaat)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa10.00 pg: Bicara Ilmu 'Mengapa Saya Memeluk Islam?' oleh Pn. Nur Aisyah Chua 3.00 ptg: Pertandingan 'Islamic Board Game: Qur'an Challenge' 9.00 mlm: Konsert Islami bersama RAIHAN & Kumpulan Dikir Barat Jen Endoro
15/12/07 (Sabtu)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
9.00 pg: Konvensyen Kebangsaan Penghayatan Al-Qur'an di Dewan Johor APIUM
Pembentang:1. Dr Azman: Solat & Sains2. Ustaz Adli (Teguh Iman Resources): Sains & Al-Qur'an Bercanggah atau Tidak3. Dr. Danial Zainal Abidin: Quran Saintifik
10.00 pg - 5 ptg: Tayangan Filem dari Iran 'Baran', 'Colour of Paradise' dan 'Children of Heaven'3.00 ptg: Pertandingan 'Qur'an Story Puzzles' untuk Prasekolah, Tahun 1 & 2
16/12/07 (Ahad)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa dan berakhir tanpa penutup.

Dengan itu kami dari Dar Nur al-Zahra' ingin menjemput semua kenalan dan pengunjung semua untuk turut serta di dalam aktiviti pameran ini. Semoga kita semua mendapat ganjaran dan ilmu yang berganda daripada program ini.

Sama-sama kita memeriahkan lagi suasana dengan kehadiran tuan puan sebagai usaha menyokong ke arah kebangkitan daulah islam...kelebihannya akan diperolehi oleh semua lapisan masyarakat....

No comments: