Friday, December 7, 2007

Kota belud, medan tarbiyahku....

Salam mujahid..
Hati rasa sedih atas perpisahan yang berlaku setiap kali habis program tarbiyah...dan program yang berlangsung sejak 1 Dis-5 Dis 07 yang lepas adalah di antara yang amat memberi kesan padaku...
mungkin aku boleh bahagikan kepada dua jenis sedih iaitu sedih kerana akan berpisah dengan sahabat-sahabat yang selepas ini akan jarang berjumpa...dan yang kedua ialah sedih akibat kerisauan yang teramat apabila pulang ke kampung halaman masing-masing nanti...persoalan demi persoalan timbul di benak kepala...
-Adakah aku benar-benar hadam segala ilmu yang telah dicurahkan selama program berlangsung?
-Adakah aku akan dapat aplikasikan ilmu-ilmu yang telah ku dapati sepanjang program ini?
-Adakah aku akan istiqamah dalam perjuangan suci ini?
Inilah diantara persolan-persoalan yang bermain-main dibenak fikiranku...aku tidak pasti perjalanan kehidupanku selepas ini...amat tinggi pengharapanku pada Allah agar Dia tetapkan hati dan jiwa raga ku pada perjuangan yang suci ini. terlampau banyak yang aku pelajari selama program tarbiyah berlangsung. Kadang-kadang, timbul juga persoalan, adakah aku akan meneruskan perjuang suci ini di bumi Sabah? hm...berat persoalan tu...walau bagaimanapun, aku yakin ia akan terjawab dalam beberapa tahun lagi. Keinginan untuk melihat bumi Sabah ini subur dengan masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul semakin membara di hati ku dari hari ke hari, tapi kerap juga aku berfikir, diri aku bagaimana? Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi cabaran dalam medan dakwah ini? Jika belum, apa yang patut aku lakukan?
Sudah tentu persiapan ilmu, sedikit pengalaman dan pergantungan yang penuh pada Allah menjadi jawapannya...tidak dilupakan akhlak islamiyyah yang perlu aku sebatikan dalam diriku sebagai da'ie yang membawa panji agama Allah...
Ilmu tentang persiapan sebagai da'ie sudah ku ketahui, yang tinggal hanya pengaplikasian dalam kehidupan. Sebagai seorang da'ie, aku sedar, pergantungan diri pada Allah amat penting..
Selama program tersebut berlangsung, aku juga mempelajari cara berdakwah kepada masyarakat. Berdakwah kepada masyarakat menuntut kesabaran yang tinggi dan strategi yang teliti. Ilmu yang disampaikan mestilah sesuai dengan tahap berfikir seseorang mad'u...Ketika melalui ujian praktikal itulah, akan lahir keperluan rasa kebergantungan kepada Allah, Tuhan sekalian alam..Jiwa ini rasa kerdil dan memerlukanNya..
Sememangnya kerja dakwah menuntut perlunya kita berkorban jiwa dan raga untuk agama Allah demi mencapai redha Allah...
Pengalaman di Kota Belud amat memberi kesan kepadaku betapa para pendakwah perlu turun padang bertemu dengan masyarakat. Tidak guna jika para graduan punya ilmu di dada tetapi gagal menyumbang kepada masyarakat. Apatah lagi para graduan lepasan pengajian Islam...
Kita masing-masing punyai peranan yang besar..
Semoga kita sama-sama dapat menjawab persoalan-persoalan yang timbul di hati berpandukan petunjuk Ilahi...
Petunjuk hanya akan diperolehi dengan pergantungan yang total pada Allah...

No comments: