Monday, November 12, 2007

Islam dan Kebebasan yang Diperlukan

Salam Mujahid,

Sebenarnya sejak hari Sabtu lepas lagi ana nak buat posting, tapi tak berkesempatan sebab tiada kemudahan laptop...hehe..
Sabtu lepas memperlihatkan satu petanda bahawa masyarakat Malaysia benar-benar mahukan perubahan dalam sistem Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Walaupun hendak mengadakan perhimpunan secara aman, namun tetap tidak diberi kebenaran, kononnya atasa alasan keselamatan. Sampai hampair 4000 orang FRU dikerah untuk mengawal keadaan kononnya. Ini ke demokrasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kita yang tersayang selama ini? Apabila berlaku demonstrasi di Myanmar oleh para sami untuk menuntut demokrasi di bumi Myanmar yang sedang menghadapi krisis polotik yang semakin serius, kerajaan kita yang tersayang menunjukkan 'ketidaksokongan' terhadap kerajaan Junta tentera Myanmar yang mengambil tindakan terhadap para sami yang terlibat (bukan semua). Tetapi apabila berlaku kes yang hampir sedemikian rupa (tapi tetap tak sama sebab kita berlandaskan Islam), mereka (kerajaan tersayang) mengambil tindakan menghalang perhimpunan aman tersebut daripada berlaku. Inikah demokrasi yang dimaksudkan mereka? Ana yakin, rakyat Malaysia yang mahu berfikir dan terus berfikir dapat menilai tahap pemikiran kerajaan yang tidak berlaku adil terhadap sebahagian rakyatnya untuk menjaga kedudukan mereka yang kian hari kian merudum kestabilannya. Benar...Islam pasti akan kembali dengan menyediakan 'produk-produknya' yang dapat mengubati setiap penyakit yang timbul di dalam masyarakat. Bila teringat semula, macam rasa sedih sebab tidak berkesempatan untuk ikut serta dengan sahabat-sahabat di semenanjung (kerana faktor geografi. Lepas ni Labuan kena buat keretapi ke semenanjung) untuk menunjukkan betapa prihatinnya mahasiswa-mahasiswa Malaysia tentang isu kenegaraan. Tapi tak mengapa, walau tak dapat pergi pun, doa sahabat di Borneo sentiasa mengiringi sahat-sahabat di semenanjung. Bercerita tentang kebebasan yang disekat ini, ana teringat pada kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam karangannya, Fiqh Daulah: Dalam Perspektif al-Quran dan Sunnah seperti berikut:

"Peperangan pertama yang dihadapi dakwah, harakah dan kebangkitan Islam pada zaman sekarang adalah peperangan melawan kebebasan. Maka Mereka yang masih memiliki ghirah (kemahuan) terhadap Islam harus membentuk satu barisan untuk terjun ke sana dan sekaligus mempertahankannya. Tidak ada yang perlu selain kebebasan ini."

Menurut beliau, Islam ini akan tersebar dengan luas sekiranya kebebasan diperolehi oleh para da'i dan seluruh umat Islam. Inilah peluang untuk umat Islam gunakan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menilai yang masa betul dan yang mana salah, yang mana adil dan yang mana zalim, serta yang mana membawa kesyurga Allah dan yang mana membawa ke neraka Allah. Dengan penuh yakin, fitrah manusia akan tetap menerima Islam dalam kehidupan mereka, dengan syarat kebebasan diberikan kepada rakyat untuk memilih.
Saudara mahasiswa sekalian, ana mengharapkan kebangkitan kita bersama untuk mengembalikan Islam di tempayt yang sepatutnya. Ini bertepatan dengan firman Allah yang maksudnya:

"Dan telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab (al-Quran) yang telah menerangkan segala-galanya, dan sebagai petunuj dan rahmat serta khabar gembira untuk orang-orang Muslim". (an-Nahl: 89)

Melalui firmanNya ini menunjukkan bahawa Islam itu mampu mengatur segala aspek kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, semua ini memerlukan para pekerja yang berkualiti tinggi dari segi keikhlasannya, pengorbanannya, kesungguhan dan keazamannya dalam usaha untuk melihat Islam itu gah di tempat yang sepatutnya. Sama-sama kita penuhi hati dengan cahaya keilmuan dalam memahami Islam yang sebenar dan jadikan kampus ini sebagai tempat untuk melatih jiwa dan jasad agar bersedia berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang semakin mencabar apabila keluar dari kampus kelak. Jadikan juga akademik sebagai salah satu wasilah agar kita dapat memberi kefahaman yang jelas kepada rakyat tentang pandangan Islan terhadap sesuatu permasalahan sama ada dari aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Oleh itu, pesanan untuk ana sendiri, belajarlah bersungguh-sungguh untuk Islam kerana boleh jadi ia merupakan salah satu metod dakwah yang baik (Insyaallah). akhir kata untuk setakat ini, perkasakan diri untuk martabatkan Islam.
Wassalam...

No comments: