Sunday, November 18, 2007

Apa maksud 'Idealisma Mahasiswa'?

Salam Mujahid,

Dalam perjalanan ke masjid tengah hari tadi, terserempak dengan abg salman dan kamal. Bila tengok mereka rancak berbincang sambil berjalan ke masjid, hati kecil ini teringin nak 'join'...
Rupa-rupanya, mereka tengah berdiskusi tentang 'Idealisma Mahasiswa'.....
Kamal tanya pendapat ana tentang 'idealisma mahasiswa'. Apa yang dimaksudkan dengan idealisma mahasiswa yang di bangga-banggakan oleh sesetengah mahasiswa..tidak kisahlah sama ada mereka faham atau tidak..yang penting, secara ringkasnya, ia berkisar tentang 'student's power'...lebih kurang begitula...kemudian, kamal kata,"benda ni boleh dimasuk dalam blog ni"...
mungkin Kamal akan membuat satu penulisan tentang perkara ni...bagus,kamal...teruskan..
Semoga ia dapat menambahkan pemahaman mahasiswa dan mahasiswi tentang erti idealisma mahasiswa...
Sebenarnya, ana juga terfikir untuk berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan istilah tersebut. Ana teringat pada bulan Jun yang lepas, ketika kursus induksi MSM 07'08 yang bertempat di UMS Kota Kinabalu. Ana tidak sangka dijemput oleh moderator forum iaitu akhi Suhairi merangkap ahli MPP sesi 2006/07 yang memegang portfolio sebagai Exco Kerohanian dan Sahsiah. Dia jemput ana untuk jadi panel bagi forum pada salah satu malam sepanjang induksi tersebut. Mula-mula memang macam nak tolak sebab rasa tidak layak dan banyak lagi yang lebih berkebolehan untuk menjadi ahli panel, tapi setelah berfikir dan bertanya pada pendapat boss, akhirnya ana buat keputusan untuk menjadi ahli panel..
Ahli panel bersama ana pada malam tersebut ialah Encik Nordi Achie, seorang pensyarah PPIB dan seorang tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan di sekitar Kota Kinabalu (macam institut perguruan). Kalau tidak salah ana, malam itulah baru diberikan tajuk khusus tentang forum yang bakal berlangsung beberapa minit lagi. Tajuk yang diberikan ialah berkisar tentang persoalan mengenai kebebasan bersuara mahasiswa dan pengangguran. ana sebagai panel pertama menerangkan pendapat ana sebagai mahasiswa berkenaan dengan kebebasan mahasiswa untuk bersuara sebagai satu fenomena yang tidak sepatutnya dikongkong oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan platform mahasiswa untuk berani menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat diluar sana, walaupun pada mata kasarnya ia seakan-akan bertentangan dengan dasar kerajaan. Ana lebih berminat untuk fokus kepada kebebasan bersuara dan idealisma mahasiswa kerana memang ini tujuan ana ingin berkongsi cerita pada hari ini.
Yang menariknya, Encik Nordi Achie amat menyokong apa yang ana utarakan pada malam tersebut, berbanding tenaga pengajar di Institiut perguruan itu. Bahkan, Encik Nordi menambah bahawa tenaga pengajar tersebut boleh cakap begitu(mahasiswa perlu fokus pelajaran dan tidak perlu ber'demo) kerana senang dan mendapat pekerjaan. Berbanding dengan mahasiswa yang bergelut dengan dunia akademik dan dapat mengetahui permasalahan yang wujud dikalangan mahasiswa dan masyarakat tanpa terkongkong dengan sebarang kerisauan terhadap periuk nasi. Lebih kurang begitulah apa yang ana dapat simpulkan pada perkiraan beliau.
Apabila sampai saat Encik Nordi Achie memegang mikrofon. ana ternanti-nanti jawapan-jawapan dari persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh moderator forum pada malam itu. Beliau menerangkan konsep Idealisma Mahasiswa. Apa yang dimaksudkan dengan Idealisma Mahasiswa? Idealisma Mahasiswa adalah istilah yang mengandungi dua konsep asas iaitu keadilan dan kebenaran. Inilah dua konsep yang terkandung disebalik maksud idealisma mahasiswa. Mahasiswa merupakan agen perubahan yang penting dalam sesebuah masyarakat kerana mereka adalah terdiri daripada golongan yang diberi peluang oleh Allah swt untuk memahami ilmu pengetahuan. Sudah semestinya ilmu-ilmu yang diperolehi oleh mereka merupakan ilmu-ilmu yang mengajar mereka erti kehidupan. Keilmuan tersebut tidak akan puas dimiliki oleh mahasiswa sekiranya mereka hanya berada di dewan kuliah dan tidak turun bersama masyarakat. Semangat yang seiring dengan ilmu dan kefahaman di dadalah yang telah mendorong mereka untuk bertemu dengan masyarakat dan cuba menyelami hati dan jiwa masyarakat yang berada dalam kesusahan kesan daripada pembangunan dan perubahan yang dikatakan baik untuk masyarakat, tetapi pada hakikatnya, telah memberi impak yang negatif kepada keseluruhan ahli masyarakat tanpa sedar(boleh kaji sendiri melalui sistem-sistem sedia ada...memerlukan pemerhatian dan penelitian). Hasil simpulan ilmu dan kefahaman yang benar yang telah mereka perolehi, maka mereka bangkit memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk membela nasib masyarakat. Dari sinilah timbulnya satu istilah yang dipanggil Idealisma Mahasiswa. Ia sebenarnya telah wujud sejak sekian lamanya disemenanjung Malaysia. Dan ia seharusnya difahami mahasiswa yang menyintai kebenaran dan mempunyai halatuju hidup yang jauh kehadapan. Inilah serba sedikit takrifan yang diberikan oleh Encik Nordi Achie berkenaan dengan Idealisma Mahasiswa. Forum tersebut berakhir lebih kurang jam11.45malam. Semoga forum tersebut dapat membuka mata mahasiswa yang hadir pada malam itu tentang tangungjwab mereka terhadap masyarakat pada masa kini dan amasa akan datang.
Sebagai ahli gerakan Mahasiswa Islam, Idealisma Mahasiswa seharusnya dilihat dan dinilai dalam kacamata Islam. Prinsip keadilan dan kebenaran juga amat dituntut dalam Islam. Secara tidak langsung, ia memberikan peringatan kepada kita untuk kembali kepada manhaj Ilahi agar kehidupan kita adalah sebagai khalifah di muka bumi ini dan bukannya sebagai perosak. Kehidupan kita ini telah diatur dengan cantik oleh Allah swt dan ia akan menjadi kacau-bilau sekiranya ditadbir menggunakan akal manusia yang amat terhad skop pemikirannya.
Dalam suasana kampus pada hari ini, mahasiswa perlu disedarkan dengan ajaran Islam yang menyeru umatnya daripada perhambaan diri sesama manusia kepada perhambaan diri hanya kepada Allah. Hakikat kejadian manusia perlu difahami mahasiswa agar mereka tidak mensia-siakan hidup mereka dikampus daripada terikut-ikut dengan budaya hedonisme yang semakin menjadi-jadi. Pembudayaan ilmu perlu di perluas dan dipergiatkan agar pemikiran mahasiswa berkembang dengan baik, seterusnya melahirkan ahli masyarakat muslim yang kritis terhadap isu-isu yang dapat menindas rakyat dan bertentangan dengan Islam serta dapat memberi idea-idea bernas dan menyumbang kepada masyarakat melalui pengaplikasian ilmu-ilmu yang mereka perolehi sepanjang pengajian mereka di IPT(fokusnya UMS dan IPT lain juga..hehe).
Semoga ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dalam usaha untuk menonjolkan kepimpinan Islam yang mempunyai ciri-ciri keadilan dan kebenaran menurut lunas-lunas yang telah digariskan dalam Islam. Ahli-ahli MPP berperanan untuk menyebarkan fikrah 'Idealisma Mahasiswa' melalui perspektif Islam kepada seluruh masyarakat kampus. Dengan harapan agar mereka memahami islam yang syumul(bukan Islam hadhari).
Mungkin sekadar itu huraian dan perkongsian yang dapat dibuat. Sebenarnya, banyak lagi, tapi jika ingin tahu lebih lanjut, semoga kita diberi ruang untuk bertemu dan berbincang untuk mendapatkan kebenaran dan bukannya bersaing ilmu.
Wallahu 'alam....

No comments: