Monday, March 31, 2008

PAS bantah keras filem anti islam di belanda - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann

Sumber: www.harakahdaily.net

P/S: Ini realiti yang berlaku ke atas umat Islam sekarang. Semoga kita memainkan peranan untuk membangunkan ummah mengikut kepakaran masing-masing. Fahami Islam dengan sebenar-benarnya dan berusaha untuk mendidik nafsu agar kita dapat meneruskan cita-cita dan perjuangan. PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam akan sentiasa peka dengan nasib umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia serta nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama kerana keadilan dan kebenaran adalah di antara yang diperjuangkan PAS (Parti Islam se-Malaysia)

No comments: