Monday, August 11, 2008

Pengalaman Membantu Keberkesanan Dakwah Islamiyyah

Salam Mujahid,

Pengalaman merupakan antara guru yang terbaik. Dengan pengalaman, seseorang itu mampu menilai jalan kehidupan agar tidak silap buat kali kedua. Tapi kerap kali kesilapan berlaku kerana kelalaian yang tidak disengajakan. Alasannya mudah, 'kita manusia, tidak lepas dari melakukan kesilapan'. Tapi ini tidak bermaksud kesilapan tadi dibiarkan begitu sahaja. Dalam konteks dakwah Islamiyyah, bagi orang muda, semangat di dada membara untuk mendaulatkan Islam sebagai cara hidup manusia. Syabas saya ucapkan! Tapi berhati-hati, jangan sampai semangat itu membunuh usaha dakwah itu sendiri! Jangan sampai disebabkan kesilapan kita, Islam dijadikan sasaran untuk dicemuh!

Perkara ini yang menjadi kerisauan dihati saya apabila melihatkan sahabat-sahabat yang berkecimpung di lapangan dakwah bertindak tanpa tanpa berfikir panjang(mungkin dah berfikir panjang, tapi tidak sampai ke tahap berfikir yang hendak dicapai) dan tanpa merujuk kepada yang lebih berpengalaman. Akibatrnya, kesilapan yang sama dalam menjalankan gerak kerja Islam yang lepas, berulang kambali. Keizzahan Islam terbantut kerana ego yang ada dalam diri individu(betul ke ego? mungkin ya, mungkin tidak). Tidak salah bergerak dengan penuh inovasi untuk memastikan dakwah Islam menjadi lebih efektif dan efisien, tetapi yang menjadi masalahnya, gerak kerja yang dilakukan itu, tetap masih 'di takuk yang lama' dan inovasi hanya dari segi idea yang berputar disekitar itu sahaja.

Bagi yang mempunyai sedikit pengalaman yang hendak dikongsi bersama ahli-ahli penggerak yang baru, pelbagai cadangan baik pulih hasil gerak kerja yang lepas telah diberikan, tapi 'tidak mendapat sambutan' yang sebagaimana yang sepatutnya. Dikalangan penggerak Islam ini, ada yang merasakan kritikan terhadap gerak kerja yang diatur jemaah sebagai tanda hilangnya wala' pada pimpinan! Aduh...jauh meleset sungguh sangkaan mereka ni.. Tidak pernah terlintas dihati untuk hilangnya wala' pada pimpinan. Yang diinginkan ialah perlunya pimpinan yang baru untuk meneliti dan mengambil serius tentang post mortem-post mortem yang lepas agar gerak kerja Islam dapat berjalan dengan lebih licin. Bukan gila kuasa!

Pimpinan yang lepas pernah melalui tahap-tahap yang dilalui sahabat-sahabat pada ketika ini, sebab itu ada dikalangan mereka amat mengambil berat untuk sentiasa memastikan perjalanan jemaah Islam sentiasa di atas 'track' yang sebenar. Seboleh-bolehnya, setiap 'meeting' dan liqa' gerak kerja jemaah, mereka ingin turut serta. Bukan kerana nak menyibuk atau mengganggu urusan dan keputusan 'meeting', tapi cuma ingin berkongsi pengalaman dan cadangan agar keputusan menjadi lebih baik dari yang sepatutnya(tapi kalau tak baik, jangan lah ambil). Isu di sini ialah betapa perlunya pimpinan baru bergabung tenaga dengan bekas pimpinan agar gerak kerja Islam dapat berjalan dengan lebih lancar. Belajarlah melalui pengalaman orang yang lepas. Merujuklah pada orang yang pernah melaluinya. Percayalah, ia langsung tidak akan menjatuhkan maruah pimpinan jika mereka merujuk kepada yang pernah melaluinya. inovasikan perancangan gerak kerja Islam yang telah dirancang dengan mengambilkira pengalaman dari orang-orang yang terdahulu. Saya yakin, melalui cara ini, gerakan Islam tidak akan bermula dari kosong! Kerana jika itu berlaku, ia hanya akan merugikan umat Islam.

P/S: Sekadar pandangan dan harapan agar gerak kerja Islam di kampus menjadi lebih efisien dan efektif. Tidak nafikan ada dikalangan pimpinan yang lebih berpengalaman. Oleh itu, kongsikan visi dan misi dakwah islamiyyah dengan ahli-ahli yang lain, kerana ini yang dilakukan Nabi saw untuk membawa para sahabatnya bersama-sama menghayati perjuangan Islam.. Teruskan berjuang,sahabat-sahabat... Jangan lemah akibat cabaran yang datang bertubi-tubi, bah kan jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus istiqamah...

'ISLAM UNTUK SEMUA'

No comments: