Friday, August 15, 2008

Perkasakan Dakwah Fardiyyah



http://modernmonalisatd1a.files.wordpress.com/2008/04/12.jpg

Salam Mujahid,

Dunia semasa semakin mencabar. Isu dalam dan luar negara yang boleh didapati dengan pantas menyebabkan isu-isu yang agak baru tenggelam dek isu baru yang timbul. Akibatnya, isu lama yang di anggap penting menjadi tidak penting kerana fokus telah beralih arah.

Walau bagaimanapun, pandangan dari sudut dakwah tidak pernah dikesampingkan oleh para aktivis Islam yang benar-benar faham erti perjuangan Islam. Setiap peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara, dilihat juga dari sudut dakwah Islamiyyah kerana Islam adalah agama dan ia merupakan satu-satunya cara hidup yang terbaik dan merangkumi segala aspek kehidupan. Islam adalah agama tanpa keraguan, walau sedikit.

KAMPUS vs LUAR KAMPUS

Situasi di kampus memperlihatkan keadaan sedikit berbeza berbanding dengan situasi di luar kampus. Kehidupan agak sedikit terjaga berbanding kehidupan di luar yang bersifat bebas dan amat mencabar. Di peringkat kampus ini sepatutnya para mahasiswa mencari hakikat kehidupan, kerana kehidupan mereka di kampusboleh diibaratkan umpama berada ditepian pantai yang masih lemah arusnya untuk di hanyutkan(tapi masih mampu menghanyutkan).

Bagi seorang mahasiswa Islam yang memahami misi sebagai seorang Muslim, dakwah merupakan di antara 'core business', selain bidang akademik selama mana mereka hidup di kampus. Pengalaman berdakwah mampu meningkatkan 'soft skill' individu dalam proses untuk menjadi salah seorang ahli masyarakat yang DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.

NIKMAT MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN

Pada semester kali ini, nikmat memberi pada orang lain amat menenangkan hati saya. Saya suka tugas dan tanggungjawab ini. Adik-adik yang datang dengan tujuan untuk berusaha merubah diri agar menjadi individu muslim yangs sejati, saya sambut dengan berbesar hati. Gembira bercampur kagum dengan semangat anak-anak muda(macamlah saya dah tua) yang ingin berubah ke arah yang lebih baik. Daripada seorang, dia mengajak sahabat-sahabatnya yang lain untuk sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Lagi saya bersemangat untuk mendidik diri agar dapat mendidik mereka, insyaallah... Hidup saya semakin kompleks, walau tidak sekompleks sahabat-sahabat seperjuangan yang lain, yang lebih mencabar perjuangan mereka. Pengurusan masa menjadi cabaran utama dalam usaha untuk menunaikan setiap hak. Kehidupan sebagai seorang insan semakin dapat saya rasakan cabarannya.

Bagi seorang da'ie, apabila mad'u sedia untuk ditarbiyyah, ia merupakan bonus kepada para duat untuk mendapat pahala yang banyak dari Allah. Lebih dari itu sebenarnya, ia memberi kepuasan kepada para duat untuk menyumbang sesuatu di dalam kehidupan mereka. Hati rasa puas bila melihat orang yang berubah itu asbab nasihat yang kita berikan...hati rasa gembira bila melihatkan seseorang itu istiqamah ke masjid asbab saranan kita pada mereka... Hakikatnya, semua itu hidayah daripada Allah.. Kita hanya berusaha. Walau bagaimanapun, ia merupakan motivasi untuk terus istiqamah dalam menyebarkan risalah dakwah. Itu merupakan ujian dari Allah agar kita beringat bahawa perubahan mereka ialah disebabkan oleh Allah. Bukan kerana kita...

MURABBI VS. PENCERAMAH

Tugas sebagai murabbi adalah berbeza dengan tugas sebagai penceramah semata-mata. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Kak Nurul dalam blognya. Bila berkata tentang murabbi, ia bertindak sebagai seorang pendidik manusia dan juga seorang mentor kepada seorang mentee yang profesional. Mindanya sentiasa berfikir, menganalisis keadaan mad'u, merancang, melaksanakan rancangan tarbiyyah, memantau perkembangan mad'u serta membuat penilaian ke atas metod yangh digunakan dalam usaha membawa seseorang hamba Allah itu kembali kepada Allah. Ini merupakan tugas yang berat, namun menyeronokkan. Tugas ini mampu memperbaiki dan mendekatkan diri pendidik itu sendiri kepada Allah. Penceramah pula belum tentu dapat menjadi seorang murabbi. Ini kerana penyampaian mereka belum tentu melibatkan proses penilaian tahap mad'u sasaran secara mendalam yang boleh membawa ke arah perubahan yang besar. Tetapi sekiranya itu berlaku, maka penceramah itu mampu menjadi seorang murabbi.

MARILAH BERPERANAN, WAHAI MAHASISWA ISLAM!

Kesedaran perlu ada dalam setiap diri mahasiswa Islam yang memahami perjuangan Islam untuk melaksanakan dakwah. Proses dakwah ini tidak boleh dilepaskan hanya dalam konteks dakwah secara jama'ie, bah kan sepatutnya proses dakwah ini perlu dihayati prosesnya dalam bentuk dakwah secara perorangan (fardiyyah). Jika kena caranya, ia mampu untuk membentuk kualiti individu yang mampu memacu dakwah secara jama'ie. Maka tugas dakwah secara perorangan ini tidak boleh dipandang enteng. Masa perlu dirancang sebaiknya. Jika tidak, ia berpotensi untuk menenggelam dan menghilanakan fokus kita dalam tugasan yang pelbagai. Terjunlah di dalam kerja dakwah fardiyyah. Tingkatkan kualiti diri melalui kefahaman Islam yang sahih, keimanan yang mendalam, ibadah yang benar dan penonjolan qudwah hasanah yang mampu dijadikan teladan oleh mad'u. Jadilah individu muslim yang benar-benar bekerja untuk Islam. Dekatilah mereka dan jangan tunggu mereka mendekati kita.

P/S: Jadilah seperti watak Mickey Mouse yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Tapi ia perlu di dakwah menjadi Mickey Mouse yang 'masuk Islam'..Watak yang dibawakan oleh Mickey Mouse yang sudah masuk Islam mestilah boleh menghiburkan dan mampu menjadi qudwah hasanah kepada kanak-kanak(mad'u). Bukan hanya mampu membuatkan kanak-kanak ketawa sia-sia....

Selamat berdakwah!!

"ISLAM 4 ALL"


No comments: