Monday, August 4, 2008

Mendekati Sebelum Didekati

Sumber: http://communitytrainingcentre.blogspot.com/

Mendekati sebelum didekati. Dalam berdakwah, kita tidak boleh mengharapkan orang untuk mendekati kita, sewajipnya kitalah yang perlu mendekati mereka. Apabila kita merelakan diri untuk mendekati, menghampiri dan memahami orang lain, barulah ramai hati –hati yang telah lama terkunci, kininya telah terbuka luas untuk menerima kita dan seterusnya berani untuk mendekati kita.

Kebanyakan kita apabila membuat suatu program seperti ceramah, kuliah, seminar atau apa sahaja aktiviti dakwah atau tarbiah, selalunya kita amat-amat mengharapkan mad’u menghadiri program kita. Kita akan berdoa dan bersolat hajat agar mereka terbuka hati untuk menyertai program kita. Apabila yang hadir hanyalah dikalangan ahli pertsatuan kita sahaja atau orang yang telah di usrahkan dan bilangan yang hadir tidaklah ramai, maka kita akan mempersalahkan publisiti yang tidak efektif atau orang yang merancangnya tidak teliti dan pelbagai alasan lagi. Tidak dinafikan bahawa alasan tersebut ada benarnya. Namun di sana ada lagi kesilapan kita yang lebih utama. Iaitu kita sering membuat program untuk orang mendekati kita, bukan mengadakan program untuk kita lebig mendekati orang lain atau mad’u. Kita terlepas pandang bahawa kita perlu mendekati sebelum didekati.

Gabungan Anak Muda Islam Se-Malaysia (GAMIS) kini cuba memahami ‘mendekati sebelum didekati’ dan merangka untuk mendekati masyarakat sebagai salah satu agenda dakwah dan kebajikan. Beberapa aktiviti dan program telah dibincangkan, yang memerlukan ramai sukarelawan seluruh negara untuk turun bersama memahami hakikat hidup masyarakat. GAMIS hanya perlukan jiwa-jiwa anak muda yang didalamnya hanya mengharapkan redho Allah dalam mengerakkan agenda ini. Tiada wang dan harta untuk dijanjikan melainkan janji-janji Allah yang akan tiba bagi yang menginfakkan dirinya ke jalanNYA.

P/S: Betapa perlunya ahli-ahli gerakan Islam di kampus-kampus meneliti seruan ini agar kita mampu melaksanakan tarbiyyah dan dakwah dengan lebih berkesan. Tingkatkan ilmu dan jana semanagt yang berkualiti agar menjadi para duat yang berkualiti...TAHNIAH buat AJK-AJK Karnival Kesenian dan Kebudayaan Islam Peringkat UMS Kampus Antarabangsa Labuan atas kejayaan penganjuran program dakwah tersebut. Tingkatkan usaha agar menjadi lebih hebat pada masa akan datang...

"SEEK FIRST TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD"

No comments: