Wednesday, May 21, 2008

Pengalaman bersama bakal-bakal Jundullah

Salam Mujahid,

Pagi tadi saya baru sampai dari melawat sekolah saya di Ipoh, iaitu Sekolah menengah teknik Persiaran Brash, Ipoh, Perak. Saya bertolak ke Ipoh pada jam9.30 pagi semalam untuk menziarahi guru-guru yang pernah mengajar saya suatu ketika dahulu (tingkatan 4-5, sesi 2002/03). Selain itu saya gunakan kesempatan ini untuk melihat suasana sekolah dan asrama, tidak lupa gelagat para pelajar SMTI(singkatan sekolah teknik saya).

Saya mengambil peluang dalam kesempatan masa yang ada untuk membuat dua kali pertemuan. Pertemuan pertama adalah di antara saya dengan para pelajar tingkatan 4 muslimin yang mengikuti usrah dan AJK Surau SMTI muslimin. Ia lebih kepada mewujudkan suasana perbincangan seperti usrah ringkas untuk bertaaruf sesama kami. Saya seronok melihat bilangan yang mengikuti usrah, tak kurang dari 15 orang. Pada saya, ini merupakan permulaan yang baik untuk mewujudkan sistem pentarbiyahan yang lebih teratur pada masa akan datang.

"Abang, malam ni ada perjumpaan lagi tak? Tak puas la dengan perjumpaan tadi".

Ini feed back yang adik Aizat, selaku Pengerusi Surau SMTI sesi kali ini. Saya bersyukur pada Allah swt kerana hati mereka ditanamkan sifat kasihkan ilmu dan cintakan pengetahuan Islam. Perbincangan pada petang itu lebih berkisar tentang jenis-jenis tauhid, sekadar muqadimah pada petang itu. Asalnya sekadar untuk berta'aruf, tapi alhamdulillah, Allah berikan ilham untuk berkongsi tentang jenis-jenis tauhid yang perlu di ketahui oleh setiap Muslim. Mungkin juga sekadar 'flash-back' buat diri saya dan mereka. Saya juga memaklumkan pada mereka bahawa mereka dikira beruntung kerana diusia seawal mereka, mereka sudah didedahkan dengan usrah dan motivasi tentang ilmu-ilmu Islam dan isu-isu semasa hal ehwal Islam. Sedangkan saya sendiri barun hanya dapat merasai usrah ketika berada ditahun pertama di universiti.

Untuk melengkapkan lagi objektif saya bertemu dengan adik-adik pada kali ini, saya bercadang untuk membuat satu lagi perjumpaan khas dengan Ajk Surau SMTI Muslimin dan Muslimat selepas maghrib. Alhamdulillah, perjumpaan pada malam itu juga berjalan lancar. Pengisian lebih kepada memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pimpinan dalam satu organisasi dakwah dan sebagai seorang da'ie. Saya berkongsi serba sedikit tentang cabaran dan realiti yang berlaku sama ada di IPT ataupun di dunia luar atau masyarakat Islam ketika ini. Oleh itu, setiap da'ie perlu kepada persiapan berupa aqidah yang teguh, pemantapan ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah, mengetahui isu-isu semasa dan perlunya mereka bergerak secara kolektif. Menjadi AJK Surau adalah sebagai permulaan untuk melatih diri bergerak secara kolektif. Ini di antara perkongsian yang dilakukan dengan AJK Surau yang hadir pada malam itu.

Malam tadi, saya tidur di rumah Akhi Syawal, senior saya di UMS. Sekarang merupakan tenaga pengajar di Pondok moden yang terletak di Manjui. Esok pagi-paginya, saya minta tolong dia untuk hantar saya ke Medan Kidd. Saya perlu pulang awal kerana ada komitmen lain kepada keluarga.

Alhamdulillah, jam 10.00pagi tadi saya selamat sampai ke rumah dengan hati yang penuh kesyukuran kerana dapat berkongsi sesuatu dengan adik-adik yang berada di SMTI. Insyaallah, ada peluang, tahun hadapan saya akan kembali ke SMTI untuk berkongsi lagi dengan adik-adik yang lain agar mereka dapat lebih bersedia untuk menghadapi situasi umat Islam yang penuh cabaran pada hari ini. Semoga SMTI dapat menghasilkan lebih ramai Profesional Muslim seperti YAB Ir Mohammad Nizar, MB Perak yang dikasihi dan disegani kawan dan lawan.
"ISLAM 4 ALL"

3 comments:

SoalHati said...

baguslah dapat turun sekolah, jumpa adik2 n berkongsi pengalaman, ilmu dll... kalau saya masa zaman sekolah dulupun, excited sangat bila ada abang2 or kakak2 yg turun sekolah..datang lwat..tanya perkembangan..;)
jadi bila dah lama tinggal sekolah ni, kenalah lakukan perkara yang sama. cuba jdi insan yang bermanfaat utk insan lain:)

Hafiz said...

Assalamualaikum, bagus la kalau dah dapat mula lawat ke sekolah lama 2. sekadar cadangan, bagus juga jika dapat kumpulkan lg beberapa anak jati Ipoh yang sebaya & tamat sek utk lawat SMTI dulu. dah nmpk perkembangan leh p sek lain plak. :).

nak mesej d shoubox sbnrnya, tp xdpt bukak...

MS Rizal said...

Assalamualaikum..

Kagum dengan kau aliff..
Masih berkesempatan untuk turun ke SMTI waktu cuti..
Jika ada kesempatan, bolehlah ajak aku sekali..insyaallah..