Tuesday, July 22, 2008

Peristiwa Titik Mula Perubahan Hidupku

2 bulan sebelum 19 Julai 1991

"Papa, nanti lepas mama keluar hospital, kita berkelah kat Teluk Batik nak?"

"Boleh..." Spontan tapi penuh erti bagi aku...

Tak sabar rasanya hendak berkelah dengan mama lepas adik aku dilahirkan nanti. Membuak-buak rasa kasih pada mama tercinta.

19 Julai 1991

"Mak, Rokiah 50/50 sekarang...." Papa telefon nenek yang ada di Kuala Lumpur.

'Ya Allah, moga selamat menantu aku..." hanya itu setinggi tinggi pengharapan pada Allah yang nenek dapat ungkapkan di hati.... Fizikalnya, air mata jatuh bederai tanpa dipaksa..

Kenapa boleh jadi begitu? Sebelum ni ok je....tak terfikir langsung boleh jadi begini...

Khabar terbaru dari Hospital besar Ipoh, Papa kata mama dalam keadaan koma. Ramai dikalangan kawan-kawan papa dan mama yang datang menjenguk di ICU Hospital Besar Ipoh. Kebanyakan mereka adalah tentera laut. Papa dan mama seorang parajurit TLDM. Juga saudara-mara ku yang datang dari KL dan P. Pinang.

Setelah hampir 6 jam koma, doktor jumpa papa.... Papa diberi dua pilihan... Sama ada hendak membiarkan keadaan mama yang hidup hanya dengan bantuan mesin yang tidak pasti bila akan bangkit (mungkin tidak akan bangkit)...atau 'membiarkan dia pergi'....kerana tanpa bantuan mesin(sekadar usaha) mama memang tidak dapat bernafas sendiri(dengan izinNya jua). Dua pilihan yang sukar diputuskan. Di belakang papa, ada aku yang hanya baru berumur 5 tahun, adik ku, Azalan berumur 3 tahun dan bayi yang baru saja lahir yang berumur tidak sampai sehari.. Keputusan yang bakal dibuat melibatkan nasib kami berempat selepas ini. Nasib yang tidak tahu bagaimana akhirnya.

Setelah berbincang, Papa membuat keputusan yang bukan pilihannya sebenarnya..Walau ada pilihan, tapi sebenarnya tiada pilihan...(harap faham maksud ku)... Papa ambil keputusan untuk membenarkan doktor menanggalkan corong pernafasakan dan melepaskan pergantungan mama pada alat sokongan hidup...
Innalillahi wainnaa ilaihi raaji'uun...

Mama dah takde...perkelahan ke Teluk Batik juga terpaksa di tiadakan...lepas ni aku tak dapat panggil mama lagi...tak dapat rasa sentuhan dan belaian mama lagi..masakan mama...senyuman mama...segala-galanya yang berkaitan dengan mama, aku tak kan dapat rasakan lagi....

Mama dah tinggalkan aku, adik-adikku dan Papa... Dia telah dipanggil Allah untuk bertemu denganNya terlebih dahulu... Lebih awal dari nenek... Benar, ajal itu tidak mengenal umur, sama ada tua atau muda. Apabila sampai ajal, kita kena benerimanya. Itu ketentuan Allah... Perlu bersedia dari sekarang. Itu antara yang aku dapat belajar.

Nasib adikku, Bainun...

DI kaunter pengambilan bayi. Papa kata, ramai orang beratur, cina dan India juga ada... Untuk apa? Bila papa tanya nurse di situ, Nurse kata, mereka beratur kerana terdengar bayi yang baru sahaja kematian ibu, jadi mereka hendak mengambilnya sebagai anak angkat. Ya Allah...tak dapat aku bayangkan kalau adik aku dibesarkan dalam dunia dan keluarga orang bukan menganut Islam(Alhamdulillah, adik aku tetap bersama kami hingga kini) Bila Papa beratur, papa juga diperiksa dengan teliti, bimbang berlaku penipuan... Tapi alhamdulillah, selepas pemeriksaan yang teliti, Papa dapat ambil Bainun balik ke rumah....tapi tanpa Mama...

Tanpa Mama

Aku membesar tanpa Mama selama hampir 8 tahun. Bila tengok orang lain ada mama, aku jadi rindu...rindu sangat...aku rindu belaian dan sentuhan Mama...

Tapi aku pelik, kenapa ada dikalangan orang sekarang yang langsung tak menghargai ibu mereka, mama mereka, mummy mereka, umi mereka? Kehadiran ibu mereka seolah-olah jadi musuh kepada mereka...kenapa jadi begitu? Panggilan ibu disahut dengan seribu satu keluhan yang entah apa-apa. Bila dah tua, ada dikalangan anak yang bengap(maaf agak kasar) menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Tidak sanggup pelihara kerana 'buzy' dan banyak kerja. Mereka lupa yang ibu bapa tua mereka itulah yang sanggup berhempas pulas memelihara mereka untuk lihat mereka besar dan berjaya. Adui, sakit kepala, meluat aku dengar kisah-kisah macam ni.

Harapan ku, moga setiap para pejuang Agama Allah, dalam kita berjuang, jangan lupa ibu bapa kita di kampung. Doakan mereka sentiasa. Ambil tahu tentang mereka selagi mereka masih hidup. Jangan abaikan mereka. Sebenarnya aku nak nasihatkan diri aku melalui penulisan aku. Aku teringat Mama aku yang sudah mencecah 17 tahun meninggalkan aku. Aku rindu dia...Aku yakin, sahabat-sahabt juga rindukan ibu bapa sahabat-sahabat di kampung. Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka.. Adik aku, Bainun, dia dah dewasa. Semoga dia menghargai apa sahaja yang di miliki ketika ini. Kerana satu hari nanti, dia, aku dan kita semua tetap akan ditinggalkan oleh perkara yang kita sayangi..

Kehidupan yang sebenar dan kekal hanya di Akhirat.... Perbaiki diri, muhasabah diri, dan dekatkan diri pada Allah.. Dia Tuhan kita....Semoga kita menjadi para da'ie yang benar-benar bertaqwa pada Nya..

P/S: Peringatan untuk diri yang menulis sebenarnya....

"ISLAM 4 ALL"

4 comments:

''''dELinDa said...

Is this a true story of yours?

Aliff Basri said...

iya,delinda...sekadar perkongsian pengalaman untuk difikirkan bersama hikmahnya....

~~Aishun Rafiq~ said...

ya...peristiwa sedih. sabar la...doakan Allahyarhama mama byk2...
sedih ler..

Aliff Basri said...

insyaallah...syukran,aishun....mg kita menjadi anak2 yg soleh...