Friday, September 5, 2008

Buku Teman Karibku

Melalui membaca, dapat melapangkan hati. Melalui membaca dapat memberi petunjuk. Dengan membaca, wawasan dan matlamat hidup semakin jelas. Dengan membaca jiwa boleh menjadi tenang. Di saat perjumpaan demi perjumpaan berlaku sesama manusia, bimbang berlakunya umpatan dan fitnah, adalah lebih baik buku menjadi teman setia yang selalu memberi nasihat agar kehidupan yang dilalui bermakna dan berkualiti tinggi. Kelemahan diri dapat diketahui melalui membaca. Pengalaman-pengalaman orang yang terdahulu boleh dijadikan iktibar.Membaca dapat mengisi masa yang selalu 'dicuri' dengan melakukan perkara sia-sia dan berbual kosong.

Membaca mampu menjadikan kita kaya akhlak mulia. Mampu menjadikan kita seorang yang menghargai orang lain. Mampu menjadikan kita seorang yang merendah diri dan mengharapkan redha Allah. Mampu menjadikan kita seorang yang tahu halal, haram dan syubhah. Membaca mampu mengalahkanMembaca dapat meningkatkan persediaan kita untuk menjadi pemimpin ummah.

Dengan membaca, ia mampu memperbaiki hidup kita agar dapat menjadi hambaNya yang soleh dan FAHAM TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH DI MUKA BUMINYA.

Oleh itu, jangan kita malas membaca kerana sikap malas membaca adalah 'racun' dan 'pembunuh senyap' bagi seorang yang mengaku mukmin dan pejuang Islam...

Jadikan membaca budaya hidup. Hayati dan amalkan apa yang dibaca...

"ISlam 4 ALL"

Abu Nasih
W. P. Labuan
5 September 2008/5 Ramadhan 1429

No comments: