Monday, September 1, 2008

MISI RAMADHAN 1429H

Salam Mujahid,

Hari ini adalah 1 Ramadhan. Pagi tadi saya cuba untuk mulakan hari ini dengan permulaan yang baik mengikut paradigma yang diyakini berdasarkan prinsip yang kukuh. Sebelum masuk waktu subuh tadi, saya membaca sebuah kitab karangan Dr Aidh Abdullah al-Qarni yang berjudul 'Demikianlah masa Menceritakan Kepada Kita'. Isinya yang santai dan mempunyai ratusan cerita penmdek berkaitan dengan pengalaman dan pengamatannya di dunia ini.

Antara Buku Dan Al-Quran

Salah satu perkongsian di dalam kitab tersebut ialah tentang budaya membaca yang subur dikalangan yang suka membaca. Beliau memberi komentar tentang sikap orang yang mempunyai hobi mengumpul kitab yang pelbagai dan bertimbun-timbun, tetapi amat kurang dalam beramal. Beliau menambah, adalah lebih baik sekiranya seseorang individu itu memiliki senaskah al-quran yang dia sentiasa merenungi makna dan isi yang terkandung di dalamnya daripada orang yang memiliki ribuan jilid buku yang dia baca tetapi tidak mampu memberi manfaat dan pengaruh yang positif pada dirinya sendiri.

Dalam firman Allah swt:

"Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya(tidak mengamalkan isinya) adalah umpama keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk nya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim." (Surah al-Jumu'ah: 5)

Pagi Yang Menakutkan

Apa yang dah jadi pada saya pagi-pagi ni?!

Sebelum saya baca buku karangan Dr. 'Aidh tersebut, saya bersahur di bilik Johan, sahabat saya. Meggi sebungkus cukup sebagai syarat sahur hari pertama kerana kafeteria buka bermula esok. Sementara menunggu meggi Asam laksa saya lembut dan boleh dimakan, saya membelek-belek buku yang ada di rak buku Johan. Niatnya mahu dibaca sementara menunggu. Setiap kali dibelek buku-buku tersebut, timbul rasa tak enak dihati saya. Buku-buku yang dahulunya saya suka membacanya seperti buku berkonsepkan fiqh haraki, tapi pada pagi ini, saya rasa jemu untuk membacanya. Bila diambil satu demi satu dan dibelek, cukup untuk beberapa saat, saya akan letak semula. Entah mengapa, saya rasa muak.

Kenapa jadi begini?

Satu perkara yang bermain difikiran saya ialah, saya tahu ilmu tersebut, tapi saya masih tidak mampu untuk amalkan dengan sempurna. Selama ini, saya hanya menjadikan perbuatan membaca itu sebagai hobi tanpa makna. Pada masa yang sama, minda masih lemah atau masih tidak berupaya untuk menganalisis dan menterjemah apa sahaja yang dibaca dalam konteks yang bersifat semasa dan realiti seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan sebagai da'ie. Saya rasa ini kelemahan utama saya selama ini.

Banyak 'berjihad' Daripada 'beribadah'

Harapan saya, jangan salah sangka dengan ungkapan ini. Cuba fahami apa yang hendak saya kongsikan. Tentu timbul persoalan, berjihad bukan ibadah ke? Betul, berjihad adalah sebahagian daripada ibadah yang diwajibkan bagi setiap mukmin. Tapi ada di antara yang mengaku pejuang Islam ini, 'berjihad' (berprogram dan menyibukkan diri dengan aktiviti dakwah) tetapi meninggalkan 'ibadah'(khusus) seperti solat subuh, membaca al-Quran dan berqiyamullail. Tetapi mereka ini bersemangat untuk tegakkan Islam. Semua yang dicita-citakan seolah-olah hanya tinggal slogan semata-mata. Pelik.... Ini yang saya maksudkan dengan terma 'banyak berjihad daripada beribadah'. Saya sekadar ingin berkongsi realiti 'berjihad' dan 'beribadah' yang difahami oleh segolongan individu yang mengaku diri mereka sebagai pejuang agama Allah. Walaupun ia tidak diungkapkan dengan kata-kata, tetapi ia diterjemahkan melalui perbuatan tanpa kita sedari. Moga kita dijauhkan Allah daripada bersikap sedemikian rupa.

Titik Mula

Ramadhan kali ini, saya bertekad dan mengajak sahabat-sahabat lain juga turut bertekad untuk melakukan anjakan paradigma dalam mengurus diri dan juga anjakan paradigma dalam berfikir dan bertindak. Sebagai langkah permulaan, beberapa hari lepas, saya membeli buku '7 Habit....' karangan Stephen R. Covey. Sudah lama saya bercadang untuk beli buku ini, tapi baru beberapa hari lepas, dapaty saya membelinya.

Harapan saya, agar Ramadhan pada kali ini dapat memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan saya dalam usaha mencari hakikat kehidupan di bumi Allah. Mudah untuk melafazkan berdasarkan firman Allah swt menerusi surah az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud:

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku"

Tetapi tidak semudah itu untuk memahami intipati ayat tersebut. Ia perlukan PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN KEINGINAN YANG MENDALAM untuk memahami dan menghayati. Perlu ada kesungguhan untuk benar-benar menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Moga MISI RAMADHAN 1429 pada kali ini mampu dicapai.

P/S: Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubaarak... Jangan lupa niat puasa....

"ISLAM 4 ALL"

Abu Nasih
W. P. Labuan
1 September 2008/1 Ramadhan 1429

4 comments:

Studiokini said...

salam ukhwah..ana xdpt tulis kmen kat shoutbox sbb pa ntah.tu yg tulis kat sni.anta unimas kan.ana IPTAR,dkat ja.ana org kdah n bru progrm psediaan.kak afzan yg bgtau ana

Aliff Basri said...

Salam ukhwah..fahmi...o,ana ums di sabah..bukan unimas...nta sht ke?ada pape yg dpt ana bntu?

Studiokini said...

saja ana nk knai.nta ada cntct unimas x?yg Gamis la.ana nk cri kwn2 kat sni.

tggal psanan kat blog ana http://suara-ummah.blogspot.com

Studiokini said...

ana blaja kat institut pgruan tun abdul razak,kota samarahan.tu yg nak cri gak geng gamis kat sni.Unimas dekat ja dgn ana pnya mktb..nta,bleh x sms ana.0124169601