Thursday, April 3, 2008

Pentingnya Merancang Kewangan Peribadi

By: Aliff Basri

Islam adalah agama yang bersifat menyeluruh. Tiada satu aspek kehidupan pun yang diabaikan dalam Islam. Dari cara membuang air besar sehinggalah cara mentadbir sesebuah negara. Semuanya telah diaturkan dasar-dasarnya untuk diikuti dan di amalkan oleh manusia. Ditambah lagi dengan as-Sunnah sebagai pelengkap untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang dasar-dasar daripada al-Quran.

Wang pula adalah alat perantaraan untuk memperolehi sesuatu barang. Sejarah kewujudan mata wang bermula dengan penggunaan sistem barter yang melibatkan penukaran barang berdasarkan suka sama suka di dalam sektor perdagangan ketika itu. Kemudian, masa terus berlalu dan zaman berubah. Kepesatan perdaganagan membuatkan sistem penukaran barang semakin menjadi kompleks dan semakin sukar dinilai. Sebagai alternatifnya, manusia mula bertukar kepada sistem matawang.

Kini, sesiapa yang mempunyai wang yang banyak, dianggap individu yang kaya. Sesiapa yang memiliki simpanan deposit melebihi RM1 juta, mereka dianggap sebagai jutawan. Tinggal lagi, sama ada mereka dikenali atau tidak (jutawan senyap). Dengan wang juga, seseorang individu mampu membeli apa sahaja barang yang dihajati. Dengan syarat, ada wang...

Firman Allah, mafhumnya:
"Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya." (al-Maidah: 19)

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjwab kita sebagai manusia(lebih-lebih lagi sebagai muslim) untuk menggunakan harta yang dimiliki sama ada dalam bentuk aset atau wang tunai ke jalan yang diredhaiNya. Dalam ilmu ekonomi ada diterangkan kepentingan ilmu ekonomi iaitu untuk mengurus penggunaan sumber yang terhad ke arah perkara-perkara yang dapat memberikan lebih manfaat kepada manusia dan ini memerlukan 'kos lepas'(pilihan yang kedua terpenting yang terpaksa dilepaskan untuk memilih suatu yang lebih penting daripadanya)...ini takrifan bebas dari saya berdasarkan kefahaman saya terhadapnya(kalau salah betulkan ye..). Begitu juga dengan wang. Ia adalah terhad untuk dimiliki oleh seseorang individu. Tidak kisah sama ada dia seorang yang kaya atau miskin, ia tetap dianggap terhad. Ini kerana keinginan manusia adalah tidak terhad, jadi untuk menjadikan ia 'terhad'adalah dengan melakukan perbelanjaan atas dasar taqwa pada Allah. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk memastikan bahawa setiap penggunaan wang adalah memberi manfaat yang lebih kepada diri individu iti sendiri. Sama ada pada masa kini(present) atau masa akan datang(future).

Wang yang dimiliki harus dikembangkan menurut syarak agar menjadi lebih pada masa depan. "Finance is about how to create more money"..Ini pelajaran pertama saya waktu di kelas Basic Finance yang diajar oleh pensyarah yang disayangi(Pn. Masmurniwati). Untuk apa buat duit banyak-banyak? Jawapannya adalah sebagai keperluan masa hadapan seperti menghadapi persediaan mendirikan rumah tangga, beli kereta, rumah perancangan pendidikan anak-anak(jadi pejuang disabilillah), zakat, infaq fisabilillah dan pelbagai lagi tujuan asasi sebagai khalifah di muka bumi Allah. Itu persoalan pertama.

Persoalan kedua...Ah, itu semua dunia, kita tak boleh tergila-gilakan dunia dengan mencari harta kekayaan!! sabar adik..sabar bang..sabar kak...bertenang...jangan mudah melatah...fahami betul-betul...Apa yang disebutkan tadi, bukan matlamat sebenar...bukan matlamat hidup. Bahkan, ia sebenarnya hanya alat. Alat untuk apa? Untuk dakwahla....Sebab itulah Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan, tapi bukan untuk pribadi semata-mata. Bahkan adalah untuk ummah...

Firman Allah swt, mafhumnya:
"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (al-Qasas: 77)

Dalam ayat ini, Allah memberikan kepada kita beberapa nasihat penting untuk kita hayati dan amalkannya. Antaranya ialah agar kita bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan akhirat yang kekal abadi(no compromise). Selain itu, Allah peringatkan agar kita tidak lupa kepada bahagian untuk kita hidup di dunia Nya ini. Dan dengan kurnia dari Allah berupa harta, adalah menjadi tugas kta untuk berkongsi harta yang dimiliki dengan orang lain. Ia mungkin boleh dilakukan dengan melibatkan diri dengan takaful yang mengamalkan konsep tabarru'(derma) atau pelaburan seperti musyarakah(profit-loss sharing) dan mudharabah(profit sharing) dan pelbagai lagi cara untuk mengagih-agihkan kekayaan kepada seluruh umat tanpa membiarkan hidup kita sendiri susah. Seterusnya, Allah peringatkan lagi agar kita tidak membuat kerosakan di buminya. Kerosakan yang bagaimana? Contohnya pencemaran alam sekitar akibat kerakusan manusia tergila-gilakan projek besar(sebab ada duit, boleh buat apa sahaja). Juga pencemaran sosial akibat jati diri rakyat(khususnya remaja) yang lemah ditambah lagi dengan aktiviti hiburan yang melampau(hedonisme). Dan banyak lagi kerosakan-kerosakan lain(termasuk pengamalan riba, rasuah dan sebagainya). Semuanya ini berpunca dari penyalahgunaan kekayaan yang Allah berikan kepada manusia. Pihak yang terbabit hanya mementingkan wang dan harta dunia tanpa menghiraukan kesan negatif kepada masyarakat. Kita tidak mahu perkara ini terjadi pada diri kita sebagai umat Islam. Ayat ini juga menunjukkan betapa besarnya matlamat hidup seseorang individu muslim. Tidak hanya terhad di dunia.

Jadi, bermula hari ini, kita sebagai mahasiswa Islam mesti ada perancangan kewangan untuk menghadapi hari muka. Sebagai mahasiswa Islam, inilah waktu yang sesuai untuk kita merancang dengan lebih serius tentang ke mana wang lebihan daripada sebarang biasiswa dan pinjaman yang kita dapat untuk kita salurkan.

Semoga kita dapat merancang kewangan peribadi dengan lebih baik.

"ISLAM 4 ALL"

No comments: